Seorang pendawai elektrik maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat pangsapuri Kristal Height di Jalan Delima di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata mayat Lim Swee Chye, 42, ditemui orang awam di halaman pangsapuri berkenaan dalam keadaan kepalanya berlumuran darah pada pukul 8 pagi tadi.

"Lelaki yang masih bujang itu mempunyai rekod perubatan sakit jiwa di Jalan Perak di sini dan tinggal berdua bersama ibunya di flat berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kali terakhir mangsa berbual dengan ibunya ialah pada pukul 4 pagi tadi.