SHAH ALAM: Pihak Pendakwa Raya akan cuba membuktikan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menerima wang suapan sebagai upah mengekal dan/atau melanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) antara tahun 2014 hingga 2018, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dalam ucapan pembukaan pendakwaan memaklumkan, kes itu melibatkan pendakwaan salah laku rasuah terhadap Presiden UMNO berkenaan, selaku seorang bekas anggota pentadbiran dalam Kerajaan Persekutuan.
Sepanjang empat tahun menjadi Menteri Dalam Negeri, Raja Rozela memberitahu mahkamah, Ahmad Zahid telah mengambil kesempatan dari kedudukannya untuk mengaut kekayaan.
“Tertuduh telah menerima suapan yang melibatkan wang tunai pelbagai matawang, iaitu, Singapore dollar SGD14.71 juta, RM3.125 juta, US dollar AS$15, 000 dan matawang Euro berjumlah 5,000 Euro. Tertuduh menerima wang-wang ini dari Ultra Kirana Sdn. Bhd. [UKSB].
“UKSB adalah sebuah syarikat yang dilantik oleh Kerajaan sebagai kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan untuk Kementerian Dalam Negeri,” kata Raja Rozela di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa, di Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
BACA: Bicara kes rasuah visa Zahid Hamidi bermula esok
Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Beliau diwakili barisan peguam Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, dan Shahul Hamidi.
Bagi pihak pendakwaan pula, selain Raja Rozela, ia turut dibarisi Wan Shaharuddin Wan Ladin, Gan Peng Kun, dan Lim Wai Keong.
Berucap lanjut, Raja Rozela berkata, Mahkamah bakal mendengar keterangan beberapa orang saksi yang akan memperincikan fakta dan hal-keadaan tentang bila dan bagaimana wang-wang suapan itu diterima oleh Ahmad Zahid.
Di akhir kes pendakwaan kelak, katanya lagi, Mahkamah akan dapat melihat wujudnya kaitan rapat antara fakta perlantikan UKSB sebagai kontraktor, dan fakta penerimaan wang-wang tunai oleh tertuduh.
“Pihak Pendakwa Raya akan memanggil sekurang-kurangnya 20 orang saksi dan akan bergantung kepada keterangan dokumentar, keterangan terus serta keterangan ikut keadaan, di mana perlu.
“Segala keterangan yang bakal dibawa masuk akan membuktikan secara prima facie bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan sepertimana yang dinyatakan dalam setiap pertuduhan,” katanya lagi.
Untuk rekod, Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Ahmad Zahid juga didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri telah mendapatkan untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai SGD1,150,000, RM3,000,000, 15,000 Euro dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.
Firdaus Azil
Mon May 24 2021

Ahmad Zahid (kanan) berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN. - Foto BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.