Mahkamah Persekutuan pada Rabu diberitahu bahawa Pendaftar Kelahiran dan Kematian boleh merujuk kepada undang-undang Islam apabila mendaftarkan kelahiran seseorang anak orang Islam bagi menentukan taraf anak berkenaan.
Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan dalam penghujahannya di hadapan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif, berkata undang-undang yang menentukan kesahan taraf seseorang anak orang Islam diperuntukkan di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam sesebuah negeri.
Kata beliau, mengikut undang-undang Islam, hanya kedudukan bapa yang boleh memberi status sah taraf terhadap seseorang anak dan kesahan status Islam seseorang adalah perkara berkaitan undang-undang Islam yang tertakluk kepada bidang kuasa undang-undang negeri.
Dalam hal ini, kata beliau, rujukan dibuat terhadap Seksyen 111 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor 2003 yang menyebut bahawa bagi menentukan kesahan warisan di sebelah bapa bagi seseorang Islam, seseorang kanak-kanak itu mestilah lahir lebih enam bulan qamariah daripada tarikh perkahwinan sesuatu pasangan atau dalam tempoh empat tahun qamariah selepas pembubaran perkahwinan, sama ada disebabkan kematian si lelaki atau perceraian.
"Maka, adalah wajar atau tiada yang tidak wajar bagi Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atau Muzakarah Fatwa," katanya.
Suzana, yang mewakili JPN, ketua pengarah jabatan itu dan Kerajaan Malaysia, berkata mengikut Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957, tidak terdapat definisi tentang anak tidak sah taraf.
Kata beliau, kedudukan undang-undang Islam berhubung warisan berian di sebelah bapa telah dijelaskan oleh para ilmuan dalam bidang perundangan Islam melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Pertama, yang memutuskan bahawa kanak-kanak Islam tidak sah taraf tidak dibenar dibinkan dengan nama bapanya.
Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada badan perundangan negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan undang-undang Islam serta undang-undang diri dan keluarga Islam bagi mereka yang beragama Islam, termasuk undang-undang Islam berkaitan kesahan taraf.
Kata Suzana, pendaftar terbabit bertindak betul apabila mendaftarkan nama kanak-kanak berkenaan dengan berbinkan "Abdullah" dan menolak permohonan untuk membuat pembetulan pada kesilapan yang terdapat dalam daftar kelahiran.
Beliau membuat penghujahan itu dalam rayuan dikemukakan JPN, ketua pengarahnya dan Kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa kanak-kanak Islam yang lahir di luar nikah boleh menggunakan namanya atau nama bapanya, selain "Abdullah".
Pada 25 Mei tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dikemukakan sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka, yang memfailkan semakan kehakiman bagi menuntut ketua pengarah JPN menggantikan "bin Abdullah" yang terdapat pada nama kanak-kanak itu dengan berbinkan nama bapanya dalam sijil kelahiran.
Dalam penghakiman bertulis dikeluarkan pada 25 Julai tahun lepas, Mahkamah Rayuan berkata ketua pengarah JPN tidak terikat dengan fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam menentukan nama bapa seseorang kanak-kanak Islam yang lahir di luar nikah.
Dalam penghakiman itu, mahkamah tersebut berkata bidang kuasa ketua pengarah berkenaan adalah bersifat sivil dan terhad kepada menentukan sama ada ibu bapa kanak-kanak berkenaan memenuhi syarat diperuntukkan BDRA, yang meliputi semua kanak-kanak tidak sah taraf, sama ada beragama Islam atau bukan Islam.
Mahkamah itu memutuskan bahawa sesuatu fatwa tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang dan tidak boleh menjadi asas perundangan bagi ketua pengarah JPN untuk menentukan nama bin bagi seseorang anak tidak sah taraf mengikut Seksyen 13A (2) BDRA.
Semasa prosiding, peguam K. Shanmuga, yang mewakili keluarga itu, menggesa Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dengan berkata maruah dan kepentingan kanak-kanak berkenaan perlu diberi pertimbangan paling utama.
"Perkara yang mendasarinya bukan berkenaan isu kesahan. Ia hanya melibatkan pemberian nama kepada responden pertama (kanak-kanak berkenaan)," kata Shanmuga.
Semasa prosiding pendengaran rayuan itu, panel hakim juga mendengar penghujahan daripada peguam yang mewakili Majlis Agama Islam Johor, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Selangor dan peguam yang mewakili 20 pasangan serta seorang ibu tunggal.
Raus berkata mahkamah itu menangguhkan keputusannya berhubung rayuan berkenaan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan.
Selain Raus, panel itu dianggotai Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Datuk Sri Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Aziah Ali. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 07 2018

Mengikut undang-undang Islam, kesahan status Islam seseorang adalah perkara berkaitan undang-undang Islam yang tertakluk kepada bidang kuasa undang-undang negeri.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mufti perlu keluarkan fatwa status MH370 - Abdullah Sani
Seorang anggota Parlimen dari pembangkang meminta mufti dan pihak berwajib mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan kekeliruan dialami waris penumpang dan kru pesawat MH370.