KUALA LUMPUR: Malaysia tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk pencerobohan sempadan negara dan sentiasa memanfaatkan mana-mana ruang diplomasi pertahanan bagi membangkitkan isu pencerobohan seperti pencerobohan nelayan asing atau ruang udara negara.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata ia sejajar dengan Kertas Putih Pertahanan negara.
"Kerjasama pelbagai hala melalui ASEAN, kerjasama subrantau dan kerjasama dua hala antara pendekatan terbaik dalam mengurus isu keselamatan tradisional dan bukan tradisional yang memerlukan penglibatan pelbagai pihak di peringkat kerajaan, ketenteraan dan agensi penguatkuasaan.
"Kesemua ini merupakan komponen penting strategi perkongsian berwibawa seperti terkandung dalam Kertas Putih Pertahanan negara dalam mempertahan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Azam Hamzah yang meminta Menteri Pertahanan menyatakan sejauh manakah solidariti negara ASEAN mampu memastikan rantau ini aman daripada campur tangan kuasa besar dunia.
Ahmad Azam juga ingin tahu usaha penambahbaikan sesama negara jiran dalam isu pencerobohan nelayan di Laut China Selatan agar keselamatan dan kepentingan sempadan terjamin.
Adly berkata ketika ini ASEAN melaksanakan libat urus melalui pelbagai platform pelbagai hala seperti Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM Plus dengan rakan dialog ASEAN iaitu Amerika Syarikat, Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea dan Rusia dan Forum Serantau Asean
Beliau berkata libat urus berkenaan bagi meningkatkan kerjasama dan membina keyakinan sesama negara ahli dalam usaha mengurangkan ketegangan dan mengelak konflik di rantau Asia Tenggara.
Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Noraini Idris berhubung langkah kerajaan dalam memastikan pencerobohan ruang udara tidak berlaku, Adly berkata Kementerian Pertahanan mempunyai prosedur tertentu sekiranya berdepan insiden berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
Adly berkata ketika ini ASEAN melaksanakan libat urus melalui pelbagai platform pelbagai hala seperti Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM Plus dengan rakan dialog ASEAN. - Gambar/ Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Pencerobohan sempadan: Malaysia tidak kompromi, manfaat ruang diplomasi bangkit isu
Malaysia tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk pencerobohan sempadan negara dan sentiasa memanfaatkan mana-mana ruang diplomasi pertahanan bagi membangkitkan isu pencerobohan.
Vietnam dicadang ikut langkah Malaysia kawal nelayan elak pencerobohan
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata perkara itu antara topik utama perbincangan beliau dengan Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam.