Kertas siasatan berhubung kes pencemaran ammonia di Sungai Semenyih akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Katanya, penasihat undang-undang kementerian akan mengemukakan kertas siasatan tersebut kepada jabatan itu untuk tindakan seterusnya.
Sebelum ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melengkapkan kertas siasatan tersebut bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap kilang yang mencemarkan Sungai Semenyih.
Pencemaran Sungai Semenyih menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih sehingga menjejaskan bekalan air kepada lebih sejuta penduduk di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang.
Mengenai dakwaan pencemaran Sungai Buah di Nilai, Negeri Sembilan, sehingga menyebabkan operasi LRA Semenyih tergendala, Wan Junaidi berkata siasatan bersepadu sedang dijalankan.
Beliau berkata kerja-kerja pembaikan benteng yang telah pecah sedang dilakukan bagi menghalang aliran Sungai Buah yang disyaki tercemar ke Sungai Semenyih.
"Sebanyak tiga lagi benteng akan dibina dan air akan dilepaskan melalui bukaan kecil di benteng pertama dan akan mengalir secara limpahan melalui benteng seterusnya," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Beliau juga berkata pemantauan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca pencemaran bau air mentah dari Sungai Sematan di Bentong, Pahang.
Katanya siasatan juga dijalankan terhadap premis-premis berdekatan sungai tersebut yang disyaki melakukan pelepasan kilang ke sungai itu sehingga menyebabkan penutupan LRA Langat dan Cheras.
"Bagi jangka masa panjang pula, pihak pengusaha loji perlu menyediakan alternatif sumber air mentah seperti menyediakan kawasan penyimpanan secukupnya yang boleh digunakan apabila berlaku kecemasan selaras dengan Dasar Sumber Air Negara," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Nov 06 2016
![Pencemaran Sungai Semenyih dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara Pencemaran Sungai Semenyih dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/41474641141_LojiRawatanAir.jpg)
Pencemaran Sungai Semenyih menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air Semenyih sehingga menjejaskan bekalan air kepada lebih sejuta penduduk di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang. - fotoBERNAMA/Fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Culik warga Palestin: Sembilan tertuduh kemuka representasi, mohon pertuduhan digugur atau dikurangkan Culik warga Palestin: Sembilan tertuduh kemuka representasi, mohon pertuduhan digugur atau dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706863055_TBcaseculikjpg.jpg)
Culik warga Palestin: Sembilan tertuduh kemuka representasi, mohon pertuduhan digugur atau dikurangkan
Sembilan daripada 13 individu yang berdepan pertuduhan menculik lelaki warga Palestin mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
![AGC akan mohon perintah kerajaan pindah milik tanah kepada Semantan Estate digantung AGC akan mohon perintah kerajaan pindah milik tanah kepada Semantan Estate digantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722848172_courtgavelmahkam.jpg)
AGC akan mohon perintah kerajaan pindah milik tanah kepada Semantan Estate digantung
Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan juga akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.
![AGC tolak representasi warga Israel kaji tuduhan miliki senjata, peluru AGC tolak representasi warga Israel kaji tuduhan miliki senjata, peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719548647_AvitanShalom.jpg)
AGC tolak representasi warga Israel kaji tuduhan miliki senjata, peluru
Jabatan Peguam Negara menolak representasi yang dikemukakan warga Israel, Avitan Shalom bagi mengkaji semula dua pertuduhan memiliki peluru dan senjata api.
![Bicara Sanusi tangguh, pembelaan hantar representasi kedua Bicara Sanusi tangguh, pembelaan hantar representasi kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721621060_SanusiMdNor.jpg)
Bicara Sanusi tangguh, pembelaan hantar representasi kedua
Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini ditangguhkan ke September depan.
![Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720858350_tbDzulkeflyAhmad.jpg)
Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat
Peraturan dan perintah larangan berkaitan penjualan produk rokok elektronik atau vape dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.
![Kes terowong dasar laut: Guan Eng kemuka representasi gugur pertuduhan rasuah Kes terowong dasar laut: Guan Eng kemuka representasi gugur pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698046649_LimGuanEng.jpg)
Kes terowong dasar laut: Guan Eng kemuka representasi gugur pertuduhan rasuah
Lim Guan Eng telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi menggugurkan empat pertuduhan rasuah terhadapnya.
![AGC tolak representasi Isham Jalil untuk mohon maaf secara terbuka kepada badan kehakiman AGC tolak representasi Isham Jalil untuk mohon maaf secara terbuka kepada badan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720585958_TBISHAMJALIL.jpg)
AGC tolak representasi Isham Jalil untuk mohon maaf secara terbuka kepada badan kehakiman
Jabatan Peguam Negara tolak representasi Isham Jalil yang didakwa menghina mahkamah berhubung kenyataan mengenai kes 1MDB membabitkan Najib Razak.
![RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15 RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719211379_TBTEONIECHING.jpg)
RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15
Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada sidang Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-15, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
![AGC tolak representasi jurutera teknologi maklumat gugur tuduhan buat hantaran jelik hina Islam AGC tolak representasi jurutera teknologi maklumat gugur tuduhan buat hantaran jelik hina Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718167878_TBAhmadFeisalMohdKa.jpg)
AGC tolak representasi jurutera teknologi maklumat gugur tuduhan buat hantaran jelik hina Islam
AGC menolak representasi dikemukakan seorang jurutera teknologi maklumat bagi menggugurkan pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik menghina agama Islam.
![AGC akan bantah permohonan Daim dan keluarga cabar tindakan SPRM beku akaun AGC akan bantah permohonan Daim dan keluarga cabar tindakan SPRM beku akaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706492314_tbTunDaimZainuddin.jpg)
AGC akan bantah permohonan Daim dan keluarga cabar tindakan SPRM beku akaun
AGC akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Tun Daim dan keluarganya berhubung tindakan SPRM membekukan akaun bank mereka.