SUNGAI PETANI:Empat pekerja kontrak warganegara Indonesia dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan pencemaran air Sungai Muda pada 12 Nov lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh iaitu Dedi Hardianto, 32, Bestian, 38, Andika Safutra, 32, dan Ade Pitria, 33, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Abu Hassan kerana mereka tidak memahami pertuduhan itu.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 22 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi memanggil jurubahasa membaca pertuduhan berkenaan dalam bahasa Indonesia untuk memastikan tertuduh memahami dengan jelas pertuduhan ke atas mereka.
Mengikut pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama dengan sengaja menyebabkan pencemaran air Sungai Muda akibat minyak diesel sekali gus mencemarkan muka sauk di tiga loji rawatan air iaitu Jeniang Baru, Jeniang Lama dan Sungai Pau, Gurun.
Keempat-empat tertuduh didakwa berbuat demikian di KM17, Jalan Kalai Gajah Putih di Sik pada 3.55 petang, 12 Nov dan dituduh mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM50,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin rakyat tempatan.
BACA: 34,200 premis di Sik, Kuala Muda alami gangguan bekalan air
BACA: Pencemaran Sungai Muda: Penyelia, kontraktor projek, 4 buruh direman
BACA: Gangguan bekalan air di Sik, Kuala Muda dijangka pulih petang ini - Exco
Selain itu, mahkamah memberikan syarat tambahan iaitu pasport dan permit kerja keempat-empat tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah serta melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sik bagi setiap 23 hari bulan setiap bulan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azrul Abdul Rahman manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 23 2020

Kesan tumpahan diesel kelihatan di tapak projek sebuah syarikat sehingga menyebabkan pencemaran, di tapak yang terletak 100m dari LRA Jeniang Lama di Kampung Berona Kiri, Sik, 14 Nov, 2020. --fotoBERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pencemaran Sungai Muda: Empat warganegara Indonesia didakwa
Mereka dituduh bersama-sama dengan sengaja menyebabkan pencemaran air Sungai Muda akibat minyak diesel sekali gus mencemarkan muka sauk di tiga LRA iaitu Jeniang Baru, Jeniang Lama dan Sungai Pau.