Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menggerakkan seramai 13 pegawai psikologi bagi membantu mangsa mengurangkan trauma dan keresahan melampau ekoran pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah Johor Bahru Mohammed Ridha Abdul Kadir berkata inisiatif itu bertujuan mengurangkan kebimbangan mangsa-mangsa pencemaran tersebut.
"Pasukan ini telah mula bertugas di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang sejak Jumaat.
"Inisiatif dan skop tugasan pasukan ini adalah untuk membantu dari sudut intervensi krisis, kaunseling, bimbingan, psiko pendidikan, program atau aktiviti dan sokongan psikologikal," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Sabtu.
Menurutnya, waktu operasi terbahagi kepada dua syif iaitu 8 pagi hingga 3 petang dan 3 petang hingga 10 malam.
Setakat 3 petang Sabtu, pasukan itu telah memberi bantuan kepada 238 mangsa yang terlibat, kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2019

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian ketika melawat mangsa-mangsa pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim yang mendapat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, 16 Mac, 2019. --fotoBERNAMA/Fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Pencemaran kimia: JKM bantu mangsa atasi keresahan melampau
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah Johor Bahru Mohammed Ridha Abdul Kadir berkata inisiatif itu bertujuan mengurangkan kebimbangan mangsa-mangsa pencemaran tersebut.

KPKT lantik pegawai psikologi untuk keluarga Muhammad Adib
Dia dilantik bagi membantu keluarga Allahyarham terutama ibunya untuk memastikan emosi mereka stabil sekali gus dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini.