Gangguan di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih berjaya diatasi sepenuhnya pukul 4.30 pagi Ahad, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian.
Menurut beliau, kejayaan itu berjaya diatasi susulan tindakan pantas Jabatan Air Selangor (JAS) mengenal pasti punca serta melakukan tindakan pendosan karbon aktif untuk menurunkan kadar bau di kawasan itu.
“Siasatan mendapati satu manhole yang berbau pelarut di sekitar kawasan perumahan Bandar Bukit Mahkota yang berkemungkinan menjadi lokasi utama kemasukan pelarut sebelum ke loji IWK tersebut.
“Walaubagaimanapun, pendosan activated carbon sebanyak 575 kg (23 bag) pada sekitar jam 3.00 pagi telah menurunkan kadar bau kepada 1 ton di kawasan aerator tank dan juga di pelepasan efluen loji,” kata Loy Sian dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata, selain aktiviti pendosan itu, faktor peningkatan kadar pencairan sungai dengan hujan lebat juga membantu mengurangkan bau di Sungai Semenyih.
Sebelum ini, media melaporkan LRA Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya, selepas berlaku insiden pencemaran bau dengan bacaan lima ton, di sumber air mentah Sungai Semenyih.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, henti tugas loji itu menyebabkan 204 kawasan melibatkan 372,031 akaun pelanggan berdaftar di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual, ekoran insiden pencemaran itu.
BACA: Pencemaran bau di sumber air mentah, 204 kawasan di Selangor bakal hadapi masalah bekalan air
Sementara itu, Loy Sian berkata, insiden itu disyaki berpunca daripada pembuangan sisa yang tidak dibenarkan ke dalam sistem pembentungan dan tidak dapat dirawat oleh loji kumbahan.
Beliau berkata, mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh JAS atau Seksyen 79 Enakmen LUAS 1999 tertakluk kepada hasil analisa pensampelan daripada Jabatan Kimia Malaysia.
“Lembaga Urus Air Selangor LUAS bersama pihak terlibat sedang berusaha mengenalpasti punca pencemaran tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani situasi ini,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Sep 29 2019
Hee Loy Sian berkata, selain aktiviti pendosan itu, faktor peningkatan kadar pencairan sungai dengan hujan lebat juga membantu mengurangkan bau di Sungai Semenyih. - Gambar ihsan HEE LOY SIAN
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Selangor ambil langkah kawalan pencemaran di Sungai Buloh
Kerajaan Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah, sedang dan akan melaksanakan beberapa langkah kawalan pencemaran sungai di Sungai Buloh.
Selangor kenal pasti lokasi bina ladang solar berskala besar
Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti lokasi untuk membina ladang solar (solar farm) berskala besar, terutamanya di kolam-kolam terbiar di negeri tersebut.
Selangor bakal lancar bas HOHO April depan
Hee Loy Sian berkata, Sepang dipilih sebagai daerah pertama mempunyai kemudahan berkenaan.
Pantai Sungai Kajang adalah kawasan hutan simpan paya bakau
Tindakan JPNS menyita kawasan itu adalah langkah untuk memelihara hutan simpan paya bakau tersebut.
Selangor sasar lebih 3.5 juta pelancong pada tahun ini
Kerajaan Selangor menyasarkan seramai lebih 3.5 juta pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang tahun ini.
Sidang DUN: Selangor tubuh jawatankuasa pemantau projek pembangunan pelancongan KSNP
Kerajaan Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa pemantau projek bagi memastikan segala syarat dan piawaan pembinaan Projek Pembangunan Pelancongan Taman Alam Kuala Selangor (KSNP) dipatuhi.
Lapan premis ternak babi dikenal pasti punca pelepasan air kotor, berbau di Tanjung Sepat
Lapan premis penternakan babi berdaftar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dikenal pasti menjadi punca kepada pelepasan air kotor dan berbau ke pantai Tanjung Sepat, Kuala Langat.
Kaedah konvensional ternak babi punca pencemaran sumber air di Tanjung Sepat - Exco
Pencemaran sumber air yang dihadapi penduduk Tanjung Sepat, Kuala Langat didapati berpunca daripada penternak babi yang menggunakan kaedah penternakan dan kawalan pencemaran konvensional.
Perhilitan Selangor selamatkan beruang terkena jerat
Operasi menyelamat beruang seberat 46 kilogram itu disertai oleh kakitangan Perhilitan Selangor dan Pusat Menyelamat Kebangsaan Sungkai.
Pencemaran Sg Semenyih: LUAS berjaya kesan kilang dipercayai punca
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan menyiasat sebuah kilang minyak sawit yang disyaki menjadi punca pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada Khamis.