SHAH ALAM: Kerajaan Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah, sedang dan akan melaksanakan beberapa langkah kawalan pencemaran sungai di Sungai Buloh yang berpunca daripada hasil pembangunan pesat di lembangan sungai membabitkan pelbagai sektor ekonomi.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian dalam kenyataan hari ini berkata aktiviti industri, komersial, perumahan, penternakan dan akuakultur di kawasan berkenaan telah menyumbang kepada peningkatan efluen ke dalam sungai dan menurunkan kualiti air.
Susulan isu yang dibangkitkan di sebuah program televisyen baru-baru ini berkenaan pencemaran sungai di Sungai Buloh yang didakwa mengakibatkan tumbesaran kerang terganggu dan mati, beliau berkata pihaknya tidak menafikan ia antara lain dipengaruhi oleh kualiti dan keadaan lembangan sungai berkenaan.
Menurut Hee antara langkah yang diambil kerajaan negeri adalah menjalankan kajian kebersihan Sungai Buloh secara berkala, membangunkan Pelan Tindakan Sungai Buloh (PTSB) serta pelaksanaan kawalan bagi lesen kemasukan atau pelepasan bahan pencemar dengan penetapan had parameter.
Katanya bagi penyelesaian jangka panjang, kerajaan negeri melalui LUAS telah merancang dan akan melaksanakan Polisi Pelepasan Sifar iaitu premis akan mengitar semula pelepasan efluen mereka berbanding melepaskan kepada alam sekitar dan sumber air.
Selain itu, beliau berkata pihaknya turut merancang untuk melaksanakan dasar prinsip pencemar membayar (PPP) yang membolehkan mana-mana premis dikenakan caj terhadap jumlah beban pencemaran yang dilepaskan ke dalam sungai jika melebihi had piawai ditetapkan.
"Kedua-dua dasar ini sedang dikaji akan kebolehlaksanaannya secara menyeluruh dari segi impak keseimbangan dan kemampanan sumber air serta ekonomi," katanya.
Pada masa yang sama, Hee berkata pelaksanaan Jumlah Beban Harian Maksimum (TMDL) adalah langkah yang sedang diambil bagi menilai kemampuan sesuatu sumber air sungai untuk menerima beban bahan pencemar tanpa menjejaskan kualiti airnya.
"LUAS telah melaksanakan dua kajian TMDL iaitu di lembangan Sungai Langat dan Sungai Sembah dan akan dilaksanakan di lebih banyak sungai di Selangor termasuk di lembangan Sungai Buloh pada masa depan," katanya.
Beliau berkata selain itu, pihak LUAS akan terus memperkasakan program kesedaran bersama komuniti di kawasan persekitaran dengan mewujudkan 'Friends of River' Negeri Selangor di lembangan Sungai Buloh bagi memupuk kesedaran dalam kalangan penduduk setempat berhubung pentingnya penjagaan kualiti sumber air.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023

LUAS akan terus memperkasakan program kesedaran bersama komuniti di kawasan persekitaran dengan mewujudkan 'Friends of River' Negeri Selangor di lembangan Sungai Buloh. - Gambar/ LUAS

Gaji lewat dipercayai punca pekerja kilang merusuh
Dalam kejadian jam 12.05 tengah hari itu berlaku pertelingkahan antara sekumpulan pekerja dengan dua penyelia kilang tersebut.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia. #AWANInews
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam. #AWANInews
Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pilihan Raja Charles III
Lagu Anta Permana yang diluncurkan pada tahun 2018 membuat kemunculan pada minit ke-43 dalam 17 senarai lagu yang dipilih sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel. #AWANI745 #AWANInews

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 2,655 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini.

Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan
Kubur bayi itu telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

ACLE: JDT tidak bernasib baik - TMJ
Usai tamat cabaran JDT, Tunku Ismail, meluahkan pencapaian yang cukup membangga ini menerusi laman X.

Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R).

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Zii Jia tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.

Pelepasan air loji kumbahan disyaki punca bau busuk di Sungai Skudai - JAS Johor
Air berwarna hitam berbau busuk yang mengalir ke Sungai Skudai di Kampung Sepakat Baru di sini, disyaki berpunca daripada pelepasan air kumbahan dari Loji Rawatan Kumbahan (STP) berdekatan.

Pencemaran: Dua syarikat perlombongan di Gua Musang diarah henti kerja serta-merta
Dua syarikat dipercayai menyebabkan pencemaran di Sungai Kelaik, Gua Musang, Kelantan diarah untuk menghentikan kerja-kerja perlombongan berkuat kuasa serta-merta.

Air loji kumbahan antara punca utama 25 sungai tercemar - JAS
Pelepasan air dari loji kumbahan merupakan antara punca utama yang menyebabkan 25 sungai di seluruh negara berada dalam kategori tercemar.

Pulau Pinang cadang bina pusat proses najis ternakan babi selesai isu pencemaran
Pulau Pinang akan berbincang mengenai cadangan membina pusat pemprosesan najis ternakan di Kampung Selamat di sini bagi mengatasi isu pencemaran Sungai Kereh.

Sisa kimia tercemar akan dipindah segera dari kawasan perindustrian Tiong Nam
Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor Bahru akan mengambil tindakan bagi memindahkan sisa kimia tercemar dari Kawasan Perindustrian Tiong Nam.

Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai - Fadillah
Malaysia mengamalkan pendekatan menyeluruh dan bukan sekadar merawat dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Bukan babi, pencemaran di Sungai Lembu disebabkan ladang itik
Pemeriksaan di kawasan perkampungan Sungai Lembu, di sini mendapati pencemaran di Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di Kedah, berlaku akibat pelepasan sisa ladang ternakan itik.

Ladang babi disyaki cemar Sungai Kulim, Sungai Air Merah diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selepas semakan mendapati ladang itu tiada lesen sah untuk beroperasi.

Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil
Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sungai itu yang didakwa tercemar akibat sisa buangan sejak tiga tahun lepas.

Tindakan pantas pihak berkuasa elak LRA Linggi tercemar - Aminuddin
LRA Linggi yang membekalkan sumber air kepada 47,000 akaun pengguna masih beroperasi pada kapasiti 100 peratus.