SHAH ALAM: Lapan premis penternakan babi berdaftar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di atas tanah persendirian berstatus pertanian, dikenal pasti menjadi punca kepada pelepasan air kotor dan berbau ke pantai Tanjung Sepat, Kuala Langat dekat sini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian berkata ia susulan siasatan pihaknya, mendapati terdapat air parit yang mengalir keluar daripada tanah lot persendirian dan akhirnya ke laut.
"Berdasarkan pemerhatian fizikal dan laporan pensampelan, kualiti air parit tersebut adalah berada pada tahap yang rendah.
"Siasatan lanjut mendapati aktiviti di kawasan ini hanyalah penternakan babi dan perladangan sawit, dan disyaki aktiviti penternakan babi adalah punca kepada penurunan kualiti air parit ini," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Hee berkata aktiviti pensampelan juga telah dilaksanakan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di sekitar lokasi premis penternakan itu dan keputusan dicatatkan sangat signifikan dengan aktiviti berkaitan perternakan.
"Ekoran itu, LUAS telah mengeluarkan surat arahan kepada pemilik tanah di bawah Seksyen 121, Enakmen LUAS 1999, yang mengarahkan pemilik tanah untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pembaikan ke atas parit di dalam lot tanah, sehingga kualiti (air) yang akan mengalir keluar adalah berada pada tahap yang baik dan memuaskan.
"Dalam masa sama, pemilik tanah juga diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pembaikan ke atas parit yang berada di luar lot tanah, disebabkan impak yang berpunca daripada parit lot tanahnya," katanya.
Hee berkata sekiranya pemilik premis gagal untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh LUAS, satu kertas siasatan terperinci akan dilengkapkan dan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan perundangan selanjutnya.
Media pada 28 Sept lalu, melaporkan kerajaan Selangor telah mengenal pasti pencemaran sumber air yang dialami penduduk Tanjung Sepat, berpunca daripada kaedah konvensional aktiviti penternakan babi dan kawalan pencemaran, berdasarkan lawatan bersepadu pihaknya ke atas beberapa premis ladang ternakan itu di kawasan berkenaan, 23 Sept lepas.
Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan kegiatan penternakan babi di kawasan Tanjung Sepat, sehingga menyebabkan penduduk setempat berdepan masalah pencemaran bau dan saliran air hampir 30 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022
Hee berkata sekiranya pemilik premis gagal untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh LUAS, satu kertas siasatan akan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan perundangan selanjutnya.- Fail/Astro AWANI
AIR 2040 perkukuh pengurusan air negara, transformasi sektor air lebih mampan
Empat fasa dalam pelaksanaan agenda AIR 2040 berpandukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) hingga Rancangan Malaysia Kelima Belas (RMK15).
AWANI Ringkas: Gangguan Seksual | Mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi "untuk sementara waktu", kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
[TERKINI] Polis tahan seorang lelaki bakar wanita
Polis New York menahan seorang lelaki ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Lapan premis ternak babi dikenal pasti punca pelepasan air kotor, berbau di Tanjung Sepat
Lapan premis penternakan babi berdaftar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dikenal pasti menjadi punca kepada pelepasan air kotor dan berbau ke pantai Tanjung Sepat, Kuala Langat.
Melaka mahu penternak babi komited selesai masalah pencemaran - Ketua Menteri
Kerajaan Negeri Melaka mahu penternak babi di kawasan Paya Mengkuang, Alor Gajah komited dalam mencari penyelesaian masalah pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti penternakan itu.