Perdebatan mengenai penapisan isi kandungan platform penstriman video Netflix kini sedang hangat diperkatakan dan mengundang pelbagai kontroversi.
Walaupun ramai yang membantah cadangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang mahukan kandungan Netlix melalui proses tapisan kerajaan, diskusi mengenainya harus dibincangkan agar ia tidak membawa unsur negatif dalam masyarakat dan menjejaskan hak pengguna itu sendiri.
Menurut Pensyarah Pengajian Media, Fakulti Komunikasi dan Multimedia, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ahmad Farami Abdul Karim, kontroversi kandungan Netflix dan beberapa saluran drama dan filem antarabangsa bukanlah bersandarkan isu keganasan semata-mata.
Malahan, terdapat kandungan yang berbaur kontroversi dan mampu menjejaskan fabrik sosial dan tatatertib serta peradaban masyarakat tempatan.
“Terdapat beberapa program yang menayangkan adegan bogel, adegan rogol, lesbianisme, BDSM, pengambilan dadah berlebihan, ‘erotic asphyxiation’ dan ‘orgy’.
“Satu daripada episod Euphoria misalnya menayangkan 30 organ seks lelaki. Nihilisme (hidup tiada makna) adalah tema siri ini. Dalam After Life, Ricky Gervais cuba menonjolkan "the beauty of atheism". 13 Reasons Why pula dianggap "glorifying suicide".
“Kandungan seperti ini dianggap TV progresif, ‘groundbreaking’, dan realistik kerana berani menonjolkan sisi kontroversi dalam masyarakat,” katanya kepada Astro AWANI, pada Ahad.
BACA: Finas cadang akta khusus kawal selia kandungan platform digital
Namun begitu, Ahmad Farami juga menyatakan terdapat garis jelas antara realisme dengan ‘poor taste’ mahupun eksploitasi.
“Adegan lelaki lelaki transgender dirogol dalam Euphoria atau ‘gratuitous violence’ dalam The Boys adalah ‘shock tactic’ (taktik kejutan) untuk menarik penonton.
“Lebih berani paparan, lebih berkualiti. Mitos ini popular juga di Malaysia. Kalau ada adegan realistik rogol, gangsterisme, pembunuhan, kekerasan terhadap wanita, filem berkenaan dianggap hebat.
“Dengan kandungan begini, saya boleh faham gesaan supaya ditapis kandungan media penstriman. Bukan setakat impak terhadap kanak-kanak. Kesan yang dibimbangi ialah ‘desensitization’ terhadap keganasan,” jelas beliau.
Bagaimanapun, katanya bukan sebab bimbang sekiranya penonton dipengaruhi menjadi ganas atau berubah menjadi lelaki homoseksual namun yang dibimbangi adalah normalisasi LGBT dan simpati terhadap hak seksual mereka.
“Walaupun demikian, saya kira yang lebih utama ialah tapisan kendiri dan kecelikan media, kanak-kanak pula boleh diajar kemahiran menilai kandungan media, dan menilai realiti.
“Kandungan di Twitter ada yang lebih teruk daripada siri Netflix. ‘Reality is sometimes stranger than fiction’ (Realiti adakalanya lebih pelik daripada fiksyen)," ujarnya lagi.
Afiezy Azaman
Sat Nov 23 2019
![Penapisan kandungan Netflix: Bincang dalam-dalam agar hak pengguna tidak terjejas Penapisan kandungan Netflix: Bincang dalam-dalam agar hak pengguna tidak terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71509624814_watchingtv.jpg)
Apa yang lebih utama ialah tapisan kendiri dan kecelikan media, kanak-kanak pula boleh diajar kemahiran menilai kandungan media, dan menilai realiti. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719888848_mediasosial.jpg)
Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network
Nabila berkata algoritma platform media sosial membolehkan pengguna yang terlibat dalam hantaran negatif menjadi lebih tular dan popular.
![MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701680355_DatukSivarajChandr.jpg)
MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu memantau siaran-siaran langsung yang dilakukan di platform TikTok.
![Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716013821_AhmadZahidHamidi.jpg)
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
Terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.
![Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341803_FahmiFadzil.jpg)
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
![Video tular: 'Ini bukan kes cuba bunuh diri' Video tular: 'Ini bukan kes cuba bunuh diri'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717827464_jejambatBulatanPa.jpg)
Video tular: 'Ini bukan kes cuba bunuh diri'
Seorang wanita yang disyaki mengalami masalah mental dan duduk di struktur jejambat Bulatan Pahang di sini, pada Jumaat diselamatkan dengan bantuan orang awam.
![Jepun: 17,000 warga emas tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah dari Jan-Mac Jepun: 17,000 warga emas tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah dari Jan-Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701428456_lelakiwargaemas.jpg)
Jepun: 17,000 warga emas tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah dari Jan-Mac
Kira-kira 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian di Jepun meninggal dunia di rumah antara Januari dan Mac.
![Kesihatan mental tanpa rawatan undang peningkatan kes terjun jambatan di Kelantan Kesihatan mental tanpa rawatan undang peningkatan kes terjun jambatan di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715662611_Depression.jpg)
Kesihatan mental tanpa rawatan undang peningkatan kes terjun jambatan di Kelantan
Masalah kesihatan mental rakyat Kelantan yang dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya akan menimbulkan pelbagai permasalahan termasuk kemurungan serius.
![Murung: Bintang Brazil Richarlison pernah terlintas tamatkan riwayat sendiri Murung: Bintang Brazil Richarlison pernah terlintas tamatkan riwayat sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711600772_TBRicharlison.jpg)
Murung: Bintang Brazil Richarlison pernah terlintas tamatkan riwayat sendiri
Penyerang Brazil dan Tottenham, Richarlison, mendedahkan dia mengalami kemurungan selepas Piala Dunia 2022.
![Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu cuba bunuh diri - Azalina Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu cuba bunuh diri - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710926827_TBAZALINAOTHMAN.jpg)
Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu cuba bunuh diri - Azalina
Penghapusan Seksyen 309 Kanun Keseksaan tahun lepas memberi peluang baharu, di samping menggalakkan mereka untuk dapatkan rawatan.
![Bunuh diri akibat buli siber, kejayaan program Rakan Muda antara isu dikupas Dewan Rakyat Bunuh diri akibat buli siber, kejayaan program Rakan Muda antara isu dikupas Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Bunuh diri akibat buli siber, kejayaan program Rakan Muda antara isu dikupas Dewan Rakyat
Persoalan berhubung langkah mencegah penyalahgunaan media sosial hingga adanya kes bunuh diri diajukan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.