Selepas 11 tahun menanti akhirnya sekumpulan Orang Asli dari tiga kampung di Johor, pada Jumaat mendapat kembali wang pampasan tanah mereka yang hilang, setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonan tujuh individu dan syarikat untuk kebenaran mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada 5 Jun 2000, Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengarahkan kerajaan negeri Johor membayar RM38,554,111.92 sebagai pampasan kepada Orang Asli berkenaan untuk tanah mereka yang terlibat bagi pembinaan Empangan Linggiu untuk membekalkan air ke Singapura.
Dalam keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel tiga hakim menolak permohonan tujuh pemohon untuk memperoleh kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang tidak memihak kepada mereka.
Tujuh pemohon itu adalah Virgin Properties Sdn Bhd, Pengarah Virgin Properties Ku Azhar Ku Abdul Razak, Dinesh Kanavaji, Tetuan Khana Co, Riza Makhzan Arifin dan Puteri Intan Nurul Arzian Abdul Aziz dan Malayan Banking Berhad.
Penduduk Orang Asli suku kaum Jakun dari tiga kampung di Kota Tinggi, Johor, menerima pampasan berkenaan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2000 kerana pengambilalihan tanah mereka oleh kerajaan negeri Johor.
Peguam G Ragumaren yang mewakili Orang Asli berkenaan dan juga sebagai peguam bersama bagi tabung amanah Linggiu Valley Orang Asli (Jakuns) Trust berkata keputusan Mahkamah Persekutuan semalam adalah kemenangan manis bagi Orang Asli itu setelah berjuang selama 11 tahun untuk mendapatkan semula wang mereka.
Peguam Datuk Lim Chee Wee dan K. Ragunath adalah peguam utama bagi tabung amanah emLinggiu Valley Orang Asli (Jakuns) Trust.
Hakim Tengku Maimun dalam keputusannya berkata tiada satupun persoalan undang-undang yang ditimbulkan pemohon memenuhi syarat-syarat di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 agar kebenaran diberikan.
Beliau berkata persoalan yang diajukan adalah berdasarkan fakta kes, dan menambah bahawa keputusan Mahkamah Tinggi adalah kukuh yang turut dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.
Panel hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan mahkamah turut memberi reward RM350,000 sebagai kos kepada Linggui Valley Orang Asli (Jakuns) Trust.
Daripada jumlah pampasan tanah itu, RM22 juta diletakkan di bawah tabung amanah Linggiu Valley Orang Asli (Jakuns) Trust dan selebihnya RM16, 554, 111.92 diserahkan kepada syarikat guaman Tetuan Khana Co untuk dibayar kepada Orang Asli selepas ditolak kos termasuk guaman, yuran perundingan dan perbelanjaan untuk saman itu.
Pada 2009, tabung amanah bagi Orang Asli itu telah memfailkan saman berhubung penggunaan RM7 juta daripada tabung amanah itu oleh bapa Dinesh, S. Kanawagi untuk pembelian 27 unit kondominium di Lanai Gurney Heights Condominium di Kuala Lumpur pada 2008.
Wang hasil sewa 27 unit kondominium itu kemudian digunakan untuk membeli 30 pangsapuri di kondominium yang sama di bawah nama Dinesh.
Pada 2016, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tabung amanah Linggiu Valley Orang Asli Trust harus diberi pampasan kira-kira RM10 juta dan mengambil alih pemilikan 57 kondominium tersebut.
Tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan pemohon dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Ragumaren memberitahu wartawan, langkah seterusnya ialah mereka akan mendapatkan jumlah penghakiman RM32 juta dan juga memindahkan pemilikan pangsapuri itu kepada tabung amanah berkenaan.
Peguam Datuk Wong Rhen Yen mewakili Dinesh manakala peguam V. S Viswanathan bagi pihak Virgin Properties. Peguam T. A. Sivam mewakili Tetuan Khana Co, peguam Lim Kian Leong mewakili Riza Mahzan dan peguam Dinesh Ahinayaranan mewakili Ku Azhar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 21 2020
![Penantian 11 tahun Orang Asli berakhir, dapat kembali wang pampasan tanah Penantian 11 tahun Orang Asli berakhir, dapat kembali wang pampasan tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61597151237_courtgavelmahkam.jpg)
Hakim Tengku Maimun berkata, persoalan yang diajukan adalah berdasarkan fakta kes, dan menambah bahawa keputusan Mahkamah Tinggi adalah kukuh yang turut dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.
![Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18 Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720154048_tbAppleA.jpg)
Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18
Peranti ini dikatakan akan berada dalam kategori yang sama dengan HomePod dan Apple TV iaitu aksesori untuk rumah.
![PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716190780_RafiziRamli.jpg)
PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi
Undi kumpulan atas pagar akan menjadi penentu kepada kemenangan calon bertanding dan boleh menyebabkan perubahan kerajaan, kata Rafizi.
![EURO 2024: Pertemuan Sepanyol-Jerman ibarat aksi final, kata De la Fuente EURO 2024: Pertemuan Sepanyol-Jerman ibarat aksi final, kata De la Fuente](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720153549_Euro.jpg)
EURO 2024: Pertemuan Sepanyol-Jerman ibarat aksi final, kata De la Fuente
Kedua-dua pasukan disifatkan sebagai gergasi bola sepak Eropah oleh De la Fuente, dalam perhitungan di Stuttgart Arena, tengah malam ini.
Akta Audit: Pemisahan kuasa, tingkat kecekapan tadbir urus
Menurut Pengarah Penyelidikan Kanan, IDEAS, Sri Murniati Yusuf, audit berperanan dalam menjalankan pemeriksaaan terhadap kewangan organisasi atau syarikat dan tidak memikul tanggungjawab untuk mendakwa kesalahan kewangan.
20 subkontraktor DASH tuntut tunggakan RM100 juta Prolintas
Lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) menuntut rundingan penyelesaian bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada Prolintas.
![Bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono buat persembahan di Pestapora 2024 Bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono buat persembahan di Pestapora 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720152748_tbpestapora.jpg)
Bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono buat persembahan di Pestapora 2024
SBY pernah memasarkan album dengan 10 lagu yang bertema cinta dan religi berjudul Rinduku Padamu.
![Lelaki ditahan bawa daging korban dari Bangladesh untuk saudara di Kelantan Lelaki ditahan bawa daging korban dari Bangladesh untuk saudara di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720151129_tbDagingkorban.jpg)
Lelaki ditahan bawa daging korban dari Bangladesh untuk saudara di Kelantan
Maqis Kelantan menggagalkan cubaan membawa masuk daging lembu korban dari Bangladesh melalui pintu masuk Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, minggu lepas.
![Miss Universe Malaysia 2024 tidak dibuka kepada peserta beragama Islam Miss Universe Malaysia 2024 tidak dibuka kepada peserta beragama Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720152586_missuniversemalays.jpg)
Miss Universe Malaysia 2024 tidak dibuka kepada peserta beragama Islam
Eleen berkata, pihaknya ingin menyebarkan positiviti dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan sebarang komplikasi.
![Jam atom paling tepat dibina, hanya ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun Jam atom paling tepat dibina, hanya ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720151805_tbJamatom.jpg)
Jam atom paling tepat dibina, hanya ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun
Ini adalah kejituan lebih tinggi berbanding ralat 1 saat setiap 300 juta tahun pada jam atom sebelum ini.
![Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720151599_courtgavelmahkam.jpg)
Lelaki didenda di mahkamah gagal patuhi waktu kerja dibenarkan
Seorang lelaki didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.
![Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718018430_ChowKonYeowKetua.jpg)
Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow
Chow Kon Yeow berkata unjuran tersebut adalah lebih daripada mencukupi untuk keperluan di utara Perak dan Pulau Pinang.
![Kerajaan berusaha selesai masalah air semua negeri, rentasi parti politik - PM Anwar Kerajaan berusaha selesai masalah air semua negeri, rentasi parti politik - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719664567_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan berusaha selesai masalah air semua negeri, rentasi parti politik - PM Anwar
Kerajaan berusaha untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri-negeri menghadapi kesukaran tersebut termasuk negeri dipimpin pembangkang, dalam membantu rakyat tanpa mengira soal parti politik.
![Dakwaan tiada rancangan jangka panjang bekalan air di Sibu tidak benar -Julaihi Dakwaan tiada rancangan jangka panjang bekalan air di Sibu tidak benar -Julaihi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719227855_JulaihiNarawi.jpg)
Dakwaan tiada rancangan jangka panjang bekalan air di Sibu tidak benar -Julaihi
Dakwaan beberapa pihak yang mengatakan tiada perancangan bekalan air jangka masa panjang bagi Sibu, adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
![Gangguan air di kawasan Persiaran Kelicap - PBAPP Gangguan air di kawasan Persiaran Kelicap - PBAPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712562434_air.jpg)
Gangguan air di kawasan Persiaran Kelicap - PBAPP
PBAPP dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan gangguan itu menyebabkan kawasan terlibat tiada air atau tekanan air rendah.
![Mahasiswa perlu rasional dalam mendepani, memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha Mahasiswa perlu rasional dalam mendepani, memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718444283_MustaphaSakmud.jpg)
Mahasiswa perlu rasional dalam mendepani, memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi ingatkan mahasiswa rasional dalam mendepani dan memperjuangkan sebarang isu membabitkan Sabah serta rakyatnya.
![GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718466313_shafieapdal.jpg)
GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Jun 2024.
![RM4 bilion projek pengurusan bekalan air Perak-Pulau Pinang - PM Anwar RM4 bilion projek pengurusan bekalan air Perak-Pulau Pinang - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718433590_tbAnwarIbrahim.jpg)
RM4 bilion projek pengurusan bekalan air Perak-Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan bersetuju pada dasarnya meluluskan RM4 bilion untuk projek pengurusan bekalan air Perak-Pulau Pinang, dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah.
![KKR Sabah dalam proses stabil tekanan air - Shahelmey KKR Sabah dalam proses stabil tekanan air - Shahelmey](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718362297_TBSHAHELMEY.jpg)
KKR Sabah dalam proses stabil tekanan air - Shahelmey
KKR Sabah dalam proses menstabilkan tekanan air bagi memastikan keperluan asas itu diperoleh di seluruh kawasan di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
![#KamiMahuAir: Sekretariat serah memorandum, tuntut hak bekalan air di Sabah #KamiMahuAir: Sekretariat serah memorandum, tuntut hak bekalan air di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718338486_KamiMahuAirSekre.jpg)
#KamiMahuAir: Sekretariat serah memorandum, tuntut hak bekalan air di Sabah
Memorandum tersebut diserahkan susulan himpunan #KamiMahuAir yang dirancang sebagai membantah isu bekalan air yang dihadapi UMS.