1. PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) mendapati pemulihan berterusan pasaran buruh sepanjang suku ketiga 2021. Langkah kerajaan melonggar sekatan pergerakan dan memberi kebenaran kepada pembukaan semula sektor ekonomi telah menyumbang kepada pemulihan ini.
2. Kadar pengangguran menunjukkan trend menurun secara berterusan daripada 4.84% pada Julai kepada 4.64% pada Ogos dan dijangka mencapai 4.54% pada September 2021. Kadar kehilangan pekerjaan (LOE) juga stabil pada 15,753 orang pada suku ketiga 2021.
3. Ini adalah antara hasil laporan suku tahunan “Quarterly Labour Market Perspectives – A Sign of Labour Market Rebound” yang diterbitkan oleh Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS (EU-ERA).
4. Menurut laporan tersebut, pada suku ketiga 2021, pasaran kerja didapati masih kekal bercirikan "trapezoid" yang mencerminkan ketidakseimbangan di antara pencari kerja dan peluang pekerjaan. Namun, pemulihan pasaran buruh pada suku ketiga 2021 dijangka akan mengurangkan jurang ketidakseimbangan tersebut.
5. Laporan juga menjangkakan pemulihan ekonomi yang berterusan pada suku keempat 2021 akan mengukuhkan lagi kedudukan pasaran buruh. Kadar pengangguran diramalkan akan terus berkurangan daripada purata 4.67% pada suku ketiga kepada 4.31% pada suku keempat 2021. Kadar kehilangan pekerjaan (LOE) juga diramalkan berkurangan daripada 15,753 pada suku ketiga kepada 12,105 pada suku keempat 2021.
6. Perkeso mendapati kedudukan pasaran buruh sehingga akhir tahun 2021 masih memerlukan sokongan dan intervensi berterusan agar kadar pengangguran dan kehilangan pekerjaan dapat dikurangkan. Inisiatif dan insentif ke atas penciptaan dan pengekalan pekerjaan yang diumumkan oleh kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu adalah bertepatan dan selari dengan pemulihan yang diperlukan oleh pasaran buruh.
7. Perkeso melalui EU-ERA menganggar kadar pengangguran 2022 akan berada pada sekitar paras antara 4.0 sehingga 4.1 jika Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang pada kadar antara 5.5% sehingga 6.5%.
8. Perincian prestasi pasaran buruh suku ketiga 2021 boleh diperolehi daripada laporan “Quarterly Labour Market Perspectives – A Sign of Labour Market Rebound”, yang boleh diakses di eiscentre.perkeso.gov.my.
9. Perkeso, menerusi Pejabat Insurans Pekerjaan (SIP) akan terus memainkan peranan penting sebagai pelengkap kepada maklumat pasaran buruh di Malaysia.
10. EU-ERA adalah pusat penyelidikan kolaboratif antara Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Universiti Putra Malaysia Consultancy & Services (UPMCS).
Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed
Ketua Eksekutif
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)
Kenyataan Media
Sat Nov 06 2021

Mohammed Azman berkata, Perkeso mendapati kedudukan pasaran buruh sehingga akhir tahun 2021 masih memerlukan sokongan dan intervensi berterusan agar kadar pengangguran dan kehilangan pekerjaan dapat dikurangkan.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Lebih 66,000 kes bencana kerja dilaporkan Perkeso pada 2024 - Abdul Rahman
Kes kemalangan semasa perjalanan meningkat sedikit kepada 33,638 kes pada 2024, berbanding 33,181 kes pada tahun sebelumnya.

Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.

Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.

Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."

Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.

Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.

Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.

Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.