Penamatan khidmat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad, sebagai Pengarah syarikat itu empat hari lalu adalah tindakan yang tidak adil dan terburu-buru.
Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda, Mazlan Aliman, berkata tindakan itu mencemarkan nama baik Zakaria sebagai anak peneroka yang sudah berkhidmat bersama FELDA selama 35 tahun.
"Kita mahu kerajaan campur tangan tetapi jika berlaku sebaliknya (kerajaan tak campur tangan) dan Datuk Zakaria tidak dilayan secara adil maka kita akan buat solidariti," katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia di Felda Bukit Ramun, Kulai, di sini, pada Ahad.
Mazlan berkata, pihaknya bukan hendak membela mana-mana pihak namun ramai anak peneroka kecewa akan langkah diambil kerana menunjukkan ketidakadilan.
"Kami simpati dengan situasi dihadapinya apatah lagi kontraknya bersama FGV difahamkan akan tamat pada Mac 2019. Ia tidak sepatutnya diakhiri dengan situasi begini," katanya.
Beliau menambah, sekalipun terdapat dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan Zakaria atau Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya membuat siasatan terlebih dahulu mengikut lunas undang-undang sebelum mengambil apa-apa tindakan.
BACA: Lepaskan saya secara baik - CEO FGV Zakaria Arshad
BACA: Zakaria sangkal dakwaan dipecat
BACA: Khidmat Zakaria sebagai pengarah FGV ditamatkan
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 12 September lalu, FGV berkata, penamatan khidmat Zakaria itu adalah selepas syarikat menerima surat daripada pemegang saham khas, Menteri Kewangan (Diperbadankan), yang menarik balik pelantikan beliau sebagai pengarah lantikan kerajaan dalam pelaksanaan perlembagaan baharu FGV yang diluluskan oleh pemegang saham pada 28 Jun lepas.
Sementara itu, mengenai isu lain, Mazlan meminta kerajaan campur tangan dalam soal mengkaji semula kedudukan FGV.
BACA: ANAK desak Felda segera muktamad hutang peneroka
Katanya, penyenaraian FGV di Bursa Malaysia oleh kerajaan terdahulu adalah satu malapetaka yang kesan buruknya boleh dirasai sehingga kini.
"Sebahagian besar pendapatan FELDA iaitu hampir 80 peratus hilang ekoran tanah Felda Plantation berkeluasan 360,000 hektar dipajak oleh FGV selama 99 tahun.
"Sebelum penyenaraian, ianya menyumbang pendapatan sebanyak RM1 billion setahun kepada FELDA," katanya lagi.
--BERNAMA
Bernama
Sun Sep 16 2018

Zakaria (tiga, kiri) dan Mazlan (dua, kiri) melihat replika rumah bagi generasi baharu Felda pada sambutan Hari Malaysia di Felda Bukit Ramun, Kulai, 16 Sept, 2018. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.