Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menubuhkan Pasukan Petugas Kebangsaan Pemudahcara Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Sebagai Industri (PEMUDAH IPTS) dalam usaha mengiktiraf pendidikan tinggi swasta sebagai satu industri pertumbuhan ekonomi strategik.
Menteri berkenaan Datuk Dr Noraini Ahmad berkata pasukan itu yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan juga pihak IPTS akan mengenal pasti isu dan cabaran dihadapi IPTS serta mencadangkan penyelesaian terbaik supaya institusi berkenaan dapat bergerak maju dan bersaing di peringkat global.
"Saya sedar ekosistem IPTS masih dikekang beberapa hambatan seperti dasar dan peraturan yang kurang fleksibel, kos promosi yang tinggi dan pengurusan kewangan yang kurang mampan. Situasi ini menjadi lebih buruk dengan impak pandemik COVID-19," katanya ketika majlis perhimpunan bulanan KPT yang disiarkan secara langsung di laman Facebook kementerian itu, pada Selasa.
Menurutnya, Persatuan Kolej dan Universiti Swasta Malaysia (MAPCU) menjangkakan kemasukan penuntut ke IPTS akan menurun sebanyak 84.1 peratus dengan nilai kehilangan hasil sebanyak RM6.9 bilion bagi tahun ini, dan ia perlu ditangani secara serius.
Jelasnya, selain Universiti Awam, IPTS turut memainkan peranan penting dalam ekosistem pendidikan tinggi negara dengan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi, iaitu RM31.5 bilion melalui kutipan yuran pengajian dan kos sara hidup penuntut.
Noraini berkata bagi memantapkan tadbir urus Universiti Awam pula, KPT menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal Pemantapan Tadbir Urus Universiti Awam (Mantap IPTA).
"Berdasarkan penemuan Jabatan Audit Negara menunjukkan masih terdapat beberapa perkara berbangkit di IPT yang boleh dibuat penambahbaikan khususnya dalam aspek pengurusan kewangan, pengurusan projek, tadbir urus anak syarikat dan beberapa perkara lain," katanya.
Justeru, Noraini berharap jawatankuasa itu akan menjadi platform perbincangan harmoni sebagai satu keluarga antara pengurusan tertinggi KPT dan semua Universiti Awam dalam ikhtiar mencari solusi terbaik bagi memantapkan tadbir urus universiti berkenaan.
"Saya akan melihat inti pati perbincangan dan cadangan penambahbaikan dari semasa ke semasa, untuk membantu saya membuat keputusan yang terbaik untuk semua," tambahnya.
Dalam pada itu, Noraini menegaskan agenda keusahawanan di IPT perlu diperkasa, diberi wajah dan pengisian baharu lebih segar supaya dapat melahirkan usahawan graduan berdaya maju serta memiliki ketahanan minda bagi mengharungi dunia kerjaya yang semakin mencabar.
Bagi mencapai tujuan itu, beliau berkata IPT perlu menyemak semula kurikulum dan program akademik masing-masing supaya dimensi keusahawanan dapat diarusperdanakan.
Katanya, pihak kementerian juga diharap mengambil inisiatif menggandakan usaha pemudahan kepada graduan untuk mereka mendapatkan kemahiran baharu, atau meningkatkan kemahiran sedia ada melalui pelaksanaan program reskilling dan upskilling, selain menumpukan kepada usaha membuat padanan dengan kokosongan jawatan di industri.
"Usaha ini boleh dijayakan melalui pendekatan kolaborasi strategik dengan agensi-agensi kerajaan, institusi-institusi atau mana-mana badan yang berkaitan," katanya.
Jelasnya, ini berikutan menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran telah mengalami peningkatan mendadak daripada 3.3 peratus pada Februari kepada 3.9 peratus pada Mac tahun ini.
Kementerian katanya, turut menjangkakan seramai 75,000 graduan khususnya yang akan menerima ijazah pada tahun 2020 akan turut terkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 07 2020

Noraini berharap jawatankuasa itu akan menjadi platform perbincangan harmoni sebagai satu keluarga antara pengurusan tertinggi KPT dan semua Universiti Awam. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.

SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.

COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.

PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.

Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.

Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.

Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.

Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.

#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.