Menerusi satu hantaran TikTok, pemilik akaun dikenali sebagai Syamil Shuib menunjukkan kepingan syiling 10 sen berjumlah RM3 masih dalam keadaan baik disimpan dalam gulungan kertas.
Bungkusan duit raya itu turut tertera jumlah wang yang diberikan serta tandatangan Dr Mahathir.
Dalam hantaran sama, pemuda itu turut berkongsi gambar kenangan bersama Dr Mahathir yang ketika itu masih memegang jawatan Perdana Menteri.
Perkongsian itu meraih pelbagai respons orang ramai yang menyifatkannya sebagai khazanah yang sangat berharga, sehingga, ada yang mendakwa sanggup menawarkan RM50,000 sebagai pertukaran.
Sementara itu, video tersebut menerima hampir 91,000 tanda suka, 2,000 komen dan 3,600 perkongsian.
