BANGKOK: Pemimpin 21 negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berikrar untuk meningkatkan lagi perdagangan bagi mencapai pemulihan pasca COVID-19.
Deklarasi Pemimpin 2022 itu telah diterima pakai pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-29 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha.
Para pemimpin berkata mereka berazam untuk mengukuhkan lagi sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan.
Mereka juga mengalu-alukan kemajuan agenda tahun ini melalui perbicangan semula mengenai Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik (FTAAP) semasa pandemik COVID-19 dan pada masa depan.
"Kami akan terus membina momentum ini ke arah usaha serantau yang berkualiti tinggi dan komprehensif melalui Pelan Kerja Agenda FTAAP. Kami menugaskan pegawai untuk melaporkan kemajuan dalam melaksanakan Pelan Kerja kepada Mesyuarat Menteri-menteri APEC (AMM) untuk beberapa tahun akan datanng, kata para pemimpin tersebut.
Para pemimpin APEC bertemu secara bersemuka buat kali pertama dalam tempoh empat tahun pada 18 dan 19 November di Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit di Bangkok.
Di bawah tema APEC - 'Open. Connect. Balance', mesyuarat itu membentangkan kertas kerja melalui tiga keutamaan iaitu terbuka kepada semua peluang, berhubung dalam semua dimensi dan seimbang dalam semua aspek, bagi memajukan pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang teguh, inovatif dan inklusif serta objektif kemampanan di rantau Asia-Pasifik.
Deklarasi itu mengesahkan komitmen pemimpin APEC untuk menggalakkan pertumbuhan yang kukuh, seimbang, terjamin, mampan dan inklusif serta komitmen mereka untuk merealisasikan Wawasan Putrajaya 2040 APEC.
Dalam deklarasi tersebut, para pemimpin berkata mereka berazam untuk mempertahankan dan mengukuhkan lagi sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan.
Selain itu, para pemimpin berkenaan berkata mereka akan terus memajukan peralatan digital untuk memudahkan aktiviti ekonomi dan penyediaan perkhidmatan awam termasuk penyampaian bantuan dan pakej rangsangan kepada rakyat dan memacu keterangkuman kewangan.
"Kami menegaskan semula kepentingan pembiayaan mampan, pembinaan kapasiti dan bantuan teknikal untuk inovasi dan pertumbuhan serta untuk menangani semua cabaran alam sekitar termasuk perubahan iklim," kata mereka.
Para pemimpin tersebut berkata dasar makroekonomi dan struktur adalah penting untuk menangani peningkatan inflasi, membawa kepada pemulihan ekonomi yang mampan dan meningkatkan taraf hidup di rantau ini.
Sementara itu, pemimpin APEC turut menyokong Matlamat Bangkok mengenai Ekonomi Bio-Circular-Green (BCG), rangka kerja komprehensif untuk meneruskan objektif kemampanan APEC.
"Kami akan merealisasikan Matlamat Bangkok dengan cara yang berani, responsif dan komprehensif, membina komitmen dan aliran kerja sedia ada serta mempertimbangkan aspirasi baharu," kata mereka.
Deklarasi itu berkata para pemimpin akan terus menggerakkan sumbernya untuk memerangi pandemik COVID-19 dan memperkukuh sistem digunakan untuk mencegah dan bersiap sedia serta bertindak balas terhadap ancaman kesihatan masa depan.
Pemimpin APEC akan bertemu semula di Amerika Syarikat tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 19 2022

Deklarasi Pemimpin 2022 itu telah diterima pakai pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-29 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha. - Foto BERNAMA

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

APEC 2024: Merakyatkan forum global, tangani jurang ekonomi
Menerusi tema, Berdaya-Inklusif-Maju, pegawai kanan, menteri dan pemimpin dari 21 ekonomi anggota APEC akan berhimpun minggu ini.

Pemimpin APEC ikrar tingkatkan dagangan untuk capai pemulihan pasca COVID-19
Pemimpin 21 negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berikrar untuk meningkatkan lagi perdagangan bagi mencapai pemulihan pasca COVID-19.

21 pemimpin APEC nyata komitmen, mudahkan cara akses vaksin COVID-19
Kesemua 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan komitmen untuk saling bekerjasama dan menyokong satu sama lain dalam usaha mendapatkan vaksin COVID-19