TANAH MERAH: Seorang pemilik kilang dawai maut dihempap pagar besi berukuran 3.04 x 6.09 meter dalam kejadian di kawasan perindustrian di sini semalam.
Mangsa, Goh Sin Bong, 70 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, kejadian itu diketahui pihaknya selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 3.30 petang.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan pemilik kilang tersebut tinggal di kawasan berkenaan.
"Hasil siasatan turut mendapati kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang memeriksa pintu pagar kedua kilang.
"Semasa menolak pintu pagar untuk menutupnya secara tiba-tiba roda pagar telah terkeluar daripada rail menyebabkan ia terbalik dan seterusnya menghempap badan mangsa," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurut beliau, pihak Hospital Tanah Merah yang tiba di lokasi kejadian telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ujarnya, bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian disebabkan kecederaan teruk di kepala.
Mohd Haki memberitahu, hasil temubual dengan saksi-saksi di tempat kejadian mendapati semasa kejadian mangsa dikatakan sedang membuat pemeriksaan ke atas pintu pagar kedua kilang tersebut kerana dalam proses untuk menukar pintu pagar yang baru.
Tambahnya, mangsa telah cuba untuk menutup pintu pagar tersebut kerana ia telah lama tidak digunakan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 24 2024

Keadaan pagar besi berukuran 3.04 x 6.09 meter yang terbalik dan menghempap mangsa. - Foto Sinar Harian

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemilik kilang dawai maut dihempap pagar
Mangsa, Goh Sin Bong, 70 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.