Seorang pemilik kedai pakaian seragam ditahan polis kerana disyaki membekalkan seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa permit sah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, pemilik kedai itu disyaki telah menjalankan perniagaan tersebut sejak setahun lalu.
Dalam serbuan kira-kira 1.30 petang Khamis itu, pihaknya merampas pelbagai kelengkapan pakaian polis dianggarkan bernilai RM2,500.
Antara barangan yang dirampas ialah satu pangkat inspektor percubaan, sebungkus tali pinggang PDRM, sebungkus lencana topi, bahu dan lencana sedia berkhidmat PDRM.
"Adalah menjadi kesalahan, seseorang yang bukan pegawai polis memiliki, membuat, menjual dan membekalkan secara haram peralatan-peralatan yang dibekalkan kepada pegawai polis dan pengunaan pakaian seragam polis tanpa kebenaran sah dari pihak polis,"
Beliau berkata demikian dalam sidang media di IPD Kampar di sini, hari ini.
Beliau turut mengingatkan mana-mana pihak yang mempunyai peralatan menyerupai lambang polis supaya menyerahkannya di balai berdekatan.
Tambahnya, pemilik kedai berkenaan bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 89(A) Akta Polis 1967.
Hakim Rahman
Fri Jan 22 2016
Antara barangan yang dirampas ialah satu pangkat inspektor percubaan, sebungkus tali pinggang PDRM, sebungkus lencana topi, bahu dan lencana sedia berkhidmat PDRM. - Foto Astro AWANI
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Tiga sepupu maut, kereta rempuh lori bawa surat khabar
Tiga sepupu maut selepas kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lori membawa muatan surat khabar di kilometer 291.6, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Warga asing dijumpai mati di ladang betik dipercayai dibunuh rakan sekerja
Mayat SP Biak Sang Nawl, 35, ditemui majikannya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di atas katil.
Gara-gara hendak hisap rokok, pelajar maut jatuh balkoni
Gara-gara sebatang rokok, seorang pelajar tingkatan lima maut setelah terjatuh dari balkoni sebuah hotel di sini dalam kejadian pada awal pagi Sabtu.
Lima lelaki miliki waran tangkap ditahan dalam Ops Warta
Mereka yang ditahan dalam operasi di Kilometer 19, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur itu kemudiannya dijatuhi hukuman oleh Majistret yang bertugas.
Misteri bau busuk terjawab, jiran tidak sedar warga emas mati seminggu lalu
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata mayat Mariatulkibtiyah Abdul Rahman, 85, ditemukan kira-kira pukul 10.35 pagi oleh jirannya.
Polis ambil keterangan pembantu rumah Karpal seminggu lagi
Polis akan mengambil keterangan pembantu rumah Karpal Singh dalam tempoh seminggu lagi untuk membantu siasatan nahas jalan raya.