KUALA LUMPUR:Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) telah memohon pengagihan segera peruntukan sebanyak RM3.7 bilion dalam Belanjawan 2021 selepas mendapat kelulusan untuk Skim Pembangunan Maritim dan Logistik bagi menghidup dan mencergaskan kembali industri perkapalan.
Ia menyifatkan peruntukan untuk skim berkenaan bersama-sama Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan, Skim Infrastruktur Pelancongan serta Dana Pengangkutan Awam adalah jawapan kepada senarai harapan Belanjawan 2021 MASA.
Namun, pengerusi MASA Datuk Abdul Hak Md Amin mengakui keperluan setiap industri perlu terus dikaji terutamanya mengenai pembahagian peruntukan.
"Diharapkan sebahagian besarnya akan disalurkan kepada maritim dan akhirnya kepada syarikat perkapalan dan limbungan kapal," kata beliau kepada Bernama.
Beliau berkata kerajaan perlu memberikan penjelasan mengenai pengagihan peruntukan kerana ia sememangnya telah lama dinantikan oleh industri.
"Sebelum ini, terdapat peruntukan untuk industri maritim tetapi setakat ini, kami tidak nampak ia digunakan oleh industri ... banyak sangat syarat yang tidak jelas," tambah beliau.
Pada 17 Sept 2019, kerajaan telah melancarkan kembali Dana Maritim (MF 2.0) bernilai RM1.5 bilion menerusi Bank Pembangunan Malaysia Bhd, bertujuan memodenkan sektor maritim negara.
Dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Skim Pembangunan Maritim dan Logistik, Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan, Skim Infrastruktur Pelancongan dan Dana Pengangkutan Awam akan dilanjutkan sehingga 31 Dis, 2023.
Selain daripada itu, menteri itu berkata RM500 juta daripada skim-skim ini diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam sektor-sektor utama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 07 2020

MASA berharap sebahagian besar peruntukan akan disalurkan kepada maritim dan akhirnya kepada syarikat perkapalan dan limbungan kapal.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pemilik kapal mohon agihan segera peruntukan dalam Belanjawan 2021
Pengerusi MASA Datuk Abdul Hak Md Amin mengakui keperluan setiap industri perlu terus dikaji terutamanya mengenai pembahagian peruntukan.

Majlis Penasihat bagi pembaharuan institusi maritim, dasar - Loke
Kementerian Pengangkutan akan mengaktifkan majlis penasihat pakar untuk memantau perkara berkaitan perkapalan dan pelabuhan, dengan mesyuarat pertama dijadualkan dalam tempoh dua bulan.