Pemilik yang menghantar kenderaan dan komponen ke bengkel milik empat sekeluarga dalam kes pembunuhan kejam sekurang-kurangnya empat mangsa di Jalan Pahang di sini, mengambilnya semula di bengkel berkenaan hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata barangan yang dibawa keluar daripada bengkel itu bukan barang kes.
"Pemilik kenderaan berkenaan datang ke bengkel petang semalam untuk meminta kebenaran mengambil barangan mereka ketika suspek dibawa ke lokasi," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata anak perempuan suspek berusia 23 tahun juga dibawa ke lokasi kejadian bagi memantau kerja-kerja membawa keluar kenderaan dan komponen terbabit, selain memberi makan kepada haiwan ternakan mereka seperti anjing, ayam dan itik.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati tiga lori dan sebuah kren kelihatan melakukan kerja-kerja memunggah dan memindahkan kenderaan serta komponen terbabit, yang bermula 11.30 pagi dan berakhir 1.30 petang.
Anak suspek dilihat memasuki lokasi kejadian dengan menaiki motosikal kira-kira 1 petang, dengan diiringi seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat wanita serta dua anggota polis serta meluangkan masa kira-kira setengah jam memantau proses membawa keluar kenderaan dan komponen terbabit.
Dia dilihat kembali semula ke lokasi kejadian pada 2.30 petang untuk memberi makan kepada haiwan peliharaan keluarganya.
Bernama
Sat Nov 07 2015

Menurut polis, barangan yang dibawa keluar daripada bengkel itu bukan barang kes. -Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bunuh kekasih hamil: Peguam mohon tertuduh dirujuk pakar psikiatri
Peguam bela seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasih hamil pada Mei lalu memohon Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, agar anak guamnya dirujuk kepada pakar di hospital psikiatri.

Bunuh dan bakar wanita: Reman empat lelaki disambung dua hari
Perintah sambung reman terhadap kesemua lelaki berusia antara 20 hingga 22 tahun itu dilakukan di Mahkamah Majistret Lenggong semalam.

Pengawal keselamatan didakwa bunuh, bakar penyelia kedai buku sekolah
Pertuduhan ke atas tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

Kes bunuh, bakar wanita: Suspek didakwa esok
Polis merakam keterangan seramai 37 individu untuk membantu siasatan berkaitan kes tersebut.

Tragedi Tg Sepat: Berang tidak diberi wang punca lelaki OKU bunuh empat sekeluarga
Polis telah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun kerana disyaki terlibat dalam kejadian membunuh dan membakar kediaman empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Rabu lalu.

Pemilik ambil kenderaan dihantar ke bengkel suspek kes bunuh di Tapah
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata barangan yang dibawa keluar daripada bengkel itu bukan barang kes.