KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang ditahan berkaitan kes bunuh dan bakar seorang wanita di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek berusia 30-an itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek sebelum ini ditahan reman selepas dipercayai menyebabkan kematian wanita 25 tahun pada 12 Mac lalu.

Mangsa yang juga penyelia kedai buku ditemui rentung dalam bengkel pertanian kemahiran hidup dan dipercayai cuba dirogol.

Polis merakam keterangan seramai 37 individu untuk membantu siasatan berkaitan kes tersebut.

ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN