Mahkamah Rayuan di sini menangguhkan keputusannya berhubung rayuan empat lelaki yang telah disabitkan dan dihukum mati kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya.
Tiga anggota panel yang dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali telah selesai mendengar penghujahan peguam yang mewakili empat lelaki dan daripada pihak pendakwaan.
Anggota panel hakim itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Seri Zakaria Sam, telah mendengar penghujahan selama enam hari bermula Isnin lepas.
Hakim Aziah berkata mahkamah menangguhkan keputusannya kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan mahkamah akan memaklumkan pihak pendakwaan dan pembelaan tentang tarikh itu.
Bekas peguam N. Pathmanabhan, 45, dan tiga pekerja ladang T.Thilaiyalagan, 23, R.Matan, 24 dan Kathavarayan dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Mei, 2013, melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka pergi ke Banting atas urusan tanah. Kehilangan mereka menjadi tajuk utama akhbar.
Keempat-empat lelaki itu ditangkap dan kemudiannya didakwa di mahkamah pada 2011.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir, dalam penghakimannya memutuskan soal tanah merupakan motif utama bagi pembunuhan Sosilawati disebabkan ketidakupayaan Pathmanabhan untuk menjelaskan pembayaran cek yang dikeluarkan kepada Sosilawati.
Beliau berkata mereka yang mengiringi Sosilawati hanya berada di tempat dan waktu yang salah.
Hakim Aktar Tahir berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis menjumpai kesan bakar di belakang ladang itu, dan apabila menggali kawasan terbakar itu, polis menemui beberapa tulang yang kemudiannya disahkan pakar sebagai tulang manusia yang telah rentung, menunjukkan mereka dibakar pada darjah suhu amat tinggi.
Katanya siasatan lanjut di ladang itu menemui satu kawasan dengan mempunyai kesan darah dan kayu pemukul kriket dengan kesan darah dan analisis ke atas darah itu oleh ahli kimia menunjukkan darah itu ada yang sepadan dengan Sosilawati dan rakan-rakannya.
Peguam Manjeet Singh Dhillon mewakili Pathmanabhan, Gurbachan Singh dan Hisyam Teh Poh Teik bagi Thilaiyalagan, Amer Hamzah Arshad bagi Matan dan Kathavarayan diwakili M. Stanislaus Vethanayagam. Pasukan pendakwaan diketuai timbalan pendakwa raya Ishak Mohd Yusoff.
Bernama
Tue Aug 18 2015
Bekas peguam N. Pathmanabhan, 45, dan tiga pekerja ladang T.Thilaiyalagan, 23, R.Matan, 24 dan Kathavarayan dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan membunuh Sosilawati (gambar) dan tiga yang lain - Gambar Fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Disember 2024.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Mahkamah dengar rayuan berhubung Titah Adendum pada 6 Januari
Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.
Mahkamah Rayuan benarkan Najib hadir pendengaran adendum esok
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri prosiding pendengaran rayuannya yang dijadualkan petang esok berhubung kewujudan titah adendum.
Mahkamah Rayuan ketepi kebenaran diperoleh Maria Chin untuk cabar notis tunjuk sebab
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan bekas Ahli Parlimen Petaling Maria Chin Abdullah memulakan semakan kehakiman bagi mencabar notis tunjuk sebab dikeluark
Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.
Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan MyCC dalam kes berkaitan anti persaingan
Hakim menetapkan sesi pengurusan kes esok, bagi menetapkan tarikh menyampaikan keputusan.
Mahkamah kekal keputusan bersalah ke atas bekas Presiden Argentina
Kircher, yang berdepan tuduhan rasuah, didapati bersalah menipu kerajaan dan dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.