SHAH ALAM: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) mendapati dakwaan aktiviti pembukaan tanah dalam kawasan Taman Negeri Selangor, sebenarnya merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata JPNS telah mengeluarkan kebenaran melalui Permit Penggunaan untuk pelaksanaan projek berkenaan di kawasan hutan simpanan kekal pada Julai 2022.
Beliau menjelaskan pelaksanaan ECRL umumnya telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 2 September 2021 dan dipersetujui Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) Ke-19 pada 21 Oktober 2021.
Selain itu katanya, kerajaan Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 24 November 2021 juga bersetuju dengan Cadangan Pindaan Asal Jajaran Seksyen C meliputi kawasan dari Bentong-Gombak-Serendah-Pelabuhan Klang.
Katanya pelaksanaan ERCL di negeri tersebut disyaratkan untuk mematuhi segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal berkaitan.
"Sebagai rekod, kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi Seksyen C2 (Gombak- Serendah-Pelabuhan Klang) diperoleh oleh pihak Malaysia Rail Link (MRL) pada 30 November 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan berkenaan dakwaan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengenal pasti berlakunya aktiviti pembukaan dan pembersihan tanah yang melibatkan empat kawasan dalam Taman Negeri Selangor.
Hee berkata kerajaan Selangor berpendirian bahawa projek ECRL tersebut wajar untuk dilaksanakan memandangkan ia akan menyumbang kepada kepentingan kesejahteraan masyarakat selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.
"Sehingga kini, pelaksanaan projek ECRL di kawasan Taman Negeri Selangor sentiasa dikawal supaya mematuhi peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Hee Loy Sian berkata, JPNS telah mengeluarkan kebenaran melalui Permit Penggunaan untuk pelaksanaan projek itu di kawasan hutan simpanan kekal pada Julai 2022. - Gambar fail
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Roslan Hussin masih lagi Pengarah JPNS - Fadhlina
Justeru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata meminta beliau terus fokus kepada tugasnya sebagai Pengarah JPNS.
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
JPNS memohon pelajar untuk menjelaskan status kesihatan masing-masing kepada pihak sekolah sebelum menyertai sebarang program di dalam dan luar bilik darjah terutama melibatkan aktiviti fizikal.
Dakwaan keracunan makanan laut: JPNS ambil sampel kupang, air laut
JPNS menerima laporan daripada Hospital Port Dickson berkenaan beberapa individu mengalami keracunan makanan disyaki disebabkan memakan kupang dan kerang.
Penempatan guru baharu permulaan yang baik - Menteri Pendidikan Sarawak
Katanya, Sarawak masih memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 guru pelbagai disiplin untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
JPNS sedia tambah keluasan hutan simpan, pulihara alam sekitar
Pengarah JPNS berkata jumlah keseluruhan HSK ketika ini adalah seluas 155,000 hektar atau 23 peratus daripada keseluruhan negeri.
Pelepasan 390,000 benih ikan, udang setakat bulan ini - JPNS
Pelepasan benih ikan itu, antaranya lampam sungai, tapah, puyu dan baung ke perairan sungai di seluruh negeri, membabitkan kos RM99,000.
Jabatan Pendidikan Sabah siasat guru didakwa muat naik video lucah
Jabatan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap guru itu jika terbukti melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana ia jelas mencemarkan nama baik jabatan dan profesion guru.
Azmin, Exco tidak terlibat tender balak - JPNS
JPNS nafi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan barisan exco kerajaan Selangor terlibat dalam penganugerahan tender balak.