Persis melentur buluh biar dari rebungnya, begitulah gambaran anak-anak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat ketika memasuki prasekolah, taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) yang dibuka kembali di seluruh negara, mulai hari ini,
Selepas lebih tiga bulan ditutup susulan pandemik COVID-19, pembukaan semula institusi ini menyaksikan setiap murid yang tiba lengkap memakai pelitup separuh muka, diperiksa suhu badan, mencuci tangan menggunakan cecair pensanitasi tangan sebelum masuk ke kelas selain ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak setakat pintu utama.
Ceria bertemu rakan-rakan, mereka mematuhi panduan guru dan mengikuti SOP termasuk jarakan sosial walaupun agak kekok kerana terpaksa duduk berjauhan antara satu sama lain.
Guru besar sebuah tadika di Keramat, Kuala Lumpur, Salmiah Jusoh berkata persediaan bagi memulakan sesi pembelajaran telah dilakukan dua minggu awal sebaik sahaja tarikh pembukaan semula tadika diumumkan memandangkan murid perlu melalui kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kebiasaan baharu.
"Pihak kami cuba mematuhi sebaik mungkin SOP yang telah digariskan dan saya tengok kebanyakan ibu bapa dan murid teruja memulakan hari pertama sekolah dan walaupun dengan SOP baharu ini mereka dapat ikut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Seorang bapa, Ahmad Syahir Izani Tajodin, 34, mengakui pada awalnya sedikit bimbang untuk menghantar anak ke tadika memandangkan penularan wabak COVID-19 masih belum berakhir, namun percaya SOP yang ketat oleh pihak sekolah mampu menanganinya.
"Seminggu sebelum masuk tadika dah beritahu pada anak untuk bersedia dan sudah cerita apa yang boleh buat dan apa yang tak boleh buat, nampak dia dah faham dan lebih bersemangat untuk ke sekolah mungkin sebab bosan lama sangat duduk di rumah sebelum ini," katanya.
Di JOHOR, tinjauan Bernama di beberapa tadika di Batu Pahat mendapati kesemua pengusaha mengikut peraturan dan SOP ditetapkan dengan murid yang hadir masing-masing memakai pelitup separuh muka dan melakukan jarakan sosial termasuk ketika sesi pembelajaran.
Dalam perkembangan di PULAU PINANG, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Abdul Rashid Abdul Samad berkata 631 prasekolah, tabika dan tadika dibenar beroperasi dengan 166 prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai bilangan 337 kelas dan 7,845 murid manakala 465 buah tabika dan tadika swasta yang mempunyai bilangan pelajar seramai 17,738.
"Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah laksanakan semua persediaan untuk memastikan pelajar-pelajar kita hadir ke sekolah dalam satu suasana yang kondusif dan selamat untuk memulakan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) masing-masing," katanya selepas melawat Prasekolah Sekolah Kebangsaan Jelutong di sini hari ini.
Bagi tabika Kemas di Bukit Mertajam. Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kemas Pulau Pinang Shafinaz Ahmad berkata pembukaan semula itu membabitkan 6,665 murid namun pihaknya menjalankan sistem pengiliran hadir ke tabika kerana jumlah maksimum setiap kelas hanya 15 murid bagi mematuhi jarakan sosial.
DI KELANTAN, tinjauan Bernama ke Tabika Perpaduan PPR Kota Bharu mendapati pihak pengurusan mematuhi semua SOP ditetapkan dengan setiap tabika dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki hadir tiga hari seminggu.
DI KEDAH, tinjauan Bernama di Alor Setar mendapati rata-rata ibu bapa berpuas hati dan yakin dengan SOP dilaksanakan dan pihak pengurusan tadika, taska atau prasekolah telah menghantar senarai SOP kepada ibu bapa menerusi aplikasi WhatsApp bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Aida Mustafa, 38, yang menghantar dua anaknya Muhammad Aisyar Razzan Razuwan, 6, dan Muhammad Aisy Razzan, 7, ke taska di Taman Rusa, Anak Bukit dekat sini berkata: "Semalam, saya tengok cikgu-cikgu bersihkan tadika dan serius dengan pematuhan SOP.
"Risau memang risau tetapi bila langkah pematuhan semua sudah diambil, kita doakan yang baik-baik sahaja. Buat masa ini jadual hantar mereka sama sahaja iaitu lima hari seminggu dari 8 pagi hingga 5 petang dan paling lewat pun perlu ambil mereka sebelum 5.30 petang," katanya.
Di PERAK, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saarani Mohamed berkata sebanyak 422 daripada 844 tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dibuka hari ini manakala selebihnya pada 15 Julai.
Tinjauan Bernama di Tadika Big Apple Cawangan Kinta Riverfront, Ipoh mendapati kesemua 60 kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun yang kelihatan bersemangat dan teruja menghadiri kelas dikehendaki menghantar borang pengisytiharan kesihatan kepada pihak tadika itu sebelum memasuki premis bermula 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Pengetuanya Rohani Hasshim berkata borang itu mengandungi maklumat status kesihatan anak-anak serta ibu bapa mereka yang membolehkan kanak-kanak berkenaan mengikuti sesi pembelajaran di kesemua empat kelas di tadika tersebut bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
"Kita juga memastikan SOP dipatuhi dengan mengambil suhu kanak-kanak sebelum dan selepas kelas serta memastikan pemakaian cecair pembasmi kuman malah tempat duduk mereka juga dijarakkan manakala makanan pula kita sendiri menyediakannya selain ibu bapa boleh membekalkan makanan yang dimasak di rumah," katanya.
Di SABAH, Pengarah Pendidikan negeri Dr Mistirine Radin berkata 1,291 prasekolah melibatkan 54,070 pelajar dan 3,256 guru mula dibuka dan daripada jumlah itu, 886 melibatkan prasekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina serta 405 prasekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
Mengakui hakikat kanak-kanak berusia lima dan enam tahun mudah terkena jangkitan penyakit, beliau berkata keselamatan dan kebersihan serta usaha menjauhkan mereka daripada jangkitan sebarang penyakit khususnya COVID-19 adalah keutamaan.
Beliau berkata 20 prasekolah masih ditutup di daerah Papar, Kota Belud, Beaufort dan Tenom akibat terjejas banjir dua hari lepas .
Pada 15 Jun, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan membenarkan prasekolah dibuka sepenuhnya bagaimanapun operasi mereka tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 01 2020
Kanak-kanak pra sekolah menghadiri hari pertama pembelajaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Tabika dan Taska Kemas Bunga Raya, Presint 11, Putrajaya, hari ini. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Mesir: Menara bersejarah di Saladin Citadel dibuka semula kepada pengunjung
Dua menara di Saladin Citadel, satu daripada mercu tanda terkenal di ibu negara Mesir dibuka kepada orang ramai pada Ahad selepas menjalani kerja-kerja pemulihan, lapor Xinhua.
Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 kembali dibuka
Laluan FT012, Jalan Kuantan-Segamat Seksyen 102 yang ditutup kepada semua kenderaan akibat jalan mendap sejak 7 Januari lalu telah dibuka semula pada Sabtu.
'Kafe Harry Potter' akan dibuka semula
Kafe Elephant House satu daripada beberapa hartanah yang rosak teruk dalam kebakaran di Jambatan George IV di Edinburgh pada Ogos 2021.
Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang dijangka buka semula Disember
Laluan jalan raya FT006 Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, dijangka buka pada Disember tahun ini.
PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.
Bangkok dibuka kepada pengunjung lengkap vaksinasi
Ia antara usaha yang diambil kerajaan untuk menyelamatkan industri pelancongan yang teruk terjejas akibat wabak itu.
Pawagam sedia kembali beroperasi, penerima vaksinasi lengkap saja dibenarkan masuk
Pengunjung dan kakitangan pawagam perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di kawasan tersebut.
Buka semula pusat kecergasan dan sukan bagi individu lengkap divaksin - Radhakrishnan
Radhakrishnan berkata langkah tersebut perlu demi kesihatan fizikal dan mental masyarakat di samping membantu menangani isu pengangguran.
Singapura buka semula kelulusan masuk kepada pemegang pas kerja lengkap divaksin mulai 10 Ogos
Pemegang pas kerja yang layak dan tanggungannya mestilah sudah lengkap divaksin sebelum tiba di Singapura.
Muzium PDRM kini dibuka semula kepada orang awam - Ketua Polis Negara
Pembukaan semula muzium itu dibuat selepas kerja naik taraf bangunannya siap sepenuhnya pada 28 Jan lepas, setelah ditutup semasa PKP pada Mac 2020.