Pembukaan penuh sekolah secara berperingkat bermula 15 Julai ini adalah terhad kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sahaja.
Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin memaklumkan, pelaksanaan aktiviti tambahan atau kokurikulum termasuk sukan atau perhimpunan, tidak dibenarkan buat masa ini.
"Pelajar datang ke sekolah hanya untuk PdP sahaja buat masa ini. Bagi aktiviti lain, perbincangan akan dilakukan dan keputusan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," kata beliau pada sidang media khas pada Rabu.
Katanya, kantin sekolah pula dibenarkan beroperasi namun waktu rehat pelajar perlu dilaksanakan secara berperingkat dan makanan perlu dibungkus terlebih dahulu.
Pelajar bagaimanapun digalakkan membawa makanan sendiri, katanya.
Sementara itu, beliau berkata, pembukaan semula sekolah berasrama dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing.
"Asrama yang mempunyai kapasiti yang mencukupi setelah mengambil kira penjarakan sosial akan beroperasi seperti biasa.
"Bagi asrama yang mempunyai kapasiti ruang terhad, hanya sebahagian murid sahaja dibenarkan tinggal di asrama.
"Pada peringkat awal kemasukan, murid hanya menggunakan katil bawah sahaja. Namun, selepas tempoh 14 hari, kumpulan murid baharu dibenarkan masuk ke asrama dengan menempatkan murid sedia ada di katil atas manakala murid baharu di katil bawah," katanya.
Beliau berkata, rutin prosedur itu diteruskan sehingga semua murid dapat tinggal di asrama.
"Untuk asrama yang menggunakan katil dua tingkat, semua murid dijangka dapat kembali ke asrama dalam tempoh 28 hingga 42 hari dari 24 Jun 2020," tambah Dr Radzi.
Madiha Abdullah
Wed Jul 01 2020
Pembukaan sekolah terhad kepada pengajaran dan pembelajaran sahaja. - Astro AWANI / Shahir Omar
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Permohonan BYDPA 2024 bermula 4-29 Mac - JPA
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2024 bermula hari ini hingga 29 Mac, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Pembukaan penuh sekolah hanya babitkan PdP, tiada aktiviti kokurikulum
Pelaksanaan aktiviti tambahan atau kokurikulum adalah tidak dibenarkan buat masa ini, termasuklah aktiviti sukan atau perhimpunan.
KPT diminta ambil kira aktiviti sukan pemohon universiti awam
Kementerian Pendidikan Tinggi diminta mengambil kira penglibatan pelajar dalam bidang sukan dan ko-kurikulum.