Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diminta mengambil kira penglibatan pelajar dalam bidang sukan dan ko-kurikulum sebagai antara kelayakan untuk memasuki Universiti Awam (UA) di negara ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan berkata walaupun kelayakan akademik itu penting, namun jangan hanya difokus kepada kelayakan itu sahaja kerana bidang sukan turut menjanjikan pendapatan yang baik.
Kementerian Pendidikan Tinggi harus melihat pemilihan di luar skop akademik dan kebolehan tambahan khususnya dalam bidang ko-kurikulum perlu diambil kira, katanya.
"Warga universiti harus memilih bidang sukan sebagai salah satu aktiviti kerana sukan bukan sahaja sekadar bersukan, tetapi lebih kepada budaya untuk memperkasakan ekonomi terutama kepada belia.
Sebagai contoh kita lihat baru-baru ini atlet kita yang berjaya mengharumkan nama negara di arena antarabangsa, Sukan SEA, peringkat kebangsaan dan sebagainya telah dibekalkan dengan bantuan kewangan yang begitu tinggi," katanya pada Ahad.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pertandingan Piala Debat Tamil Kebangsaan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselornya Prof Madya Dr Che Mohd Ruizaidi Ghazali.
Saravanan berkata, kejayaan beberapa atlet kurang upaya (OKU) di temasya sukan antarabangsa baru-baru ini juga perlu dijadikan kayu ukur bahawa bidang sukan mampu menawarkan ganjaran lumayan.
Sementara itu pada pertandingan itu wakil UMT membolot tiga hadiah utama iaitu tempat pertama, kedua yang masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000 manakala tempat ketiga dimenangi wakil dari Universiti Utara Malaysia (RM1,000) dan Tisha Abrami dari UMT muncul sebagai pendebat terbaik pada pertandingan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2017
Saravanan berkata walaupun kelayakan akademik itu penting, namun jangan hanya difokus kepada kelayakan itu sahaja. -Gambar fail
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
GMI terima kelulusan naik taraf kolej universiti
GMI yang ditubuhkan pada 1991 telah menerima kelulusan naik taraf kepada kolej universiti dan akan dikenali sebagai GMI-University College of Applied Sciences (GMI-UcAS).
KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganja
Zambry berkata pihak polis akan mengambil langkah mengikut undang-undang terhadap pelajar IPT berkenaan sekiranya dipercayai terlibat dalam jenayah itu.
Laporan Interim Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 dibentang
Laporan Interim Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035 telah dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa penasihat PPPTM 2025-2035 yang berlangsung di ibu negara semalam.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
KPT teliti garis panduan untuk semak semula Akta 605
Kementerian Pendidikan Tinggi akan meneliti garis panduan untuk menyemak semula Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2020 (Akta 605).
TVET tinggi dikendali KPT, TVET asas dikendali agensi bawah KESUMA - Zambry
Bagi mengukuhkan lagi usaha pemerkasaan TVET Ahmad Zahid telah mengarahkan agar TVET aras tinggi dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur IPT, AI antara fokus KPT
Pembangunan infrastruktur di institut pengajian tinggi dan program pengantarabangsaan universiti antara fokus Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Belanjawan 2025.
GISB: Tiada pelajar dan petugas IPT terlibat - KPT
KPT turut menunggu keputusan Majlis Raja-Raja berkaitan isu GISB sebelum mengambil langkah seterusnya dalam usaha mengelakkan pembabitan penuntut atau warga kerja dengan GISB.