PUTRAJAYA: Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2024 bermula hari ini hingga 29 Mac, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
JPA dalam kenyataan hari ini memaklumkan biasiswa itu merupakan biasiswa berprestij tinggi di bawah tajaan kerajaan bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), ekonomi, undang-undang, kewangan Islam dan kecerdasan buatan (AI) di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia.
"Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my mulai 4 Mac 2024 hingga 29 Mac 2024," menurut kenyataan itu.
Menurut JPA borang permohonan yang lengkap berserta dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dihantar dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 5 April ini sama ada melalui serahan tangan atau pos.
Kenyataan itu memaklumkan syarat permohonan BYDPA Tahun 2024 antaranya ialah warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jan lepas.
Syarat lain termasuk mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya bagi calon Sarjana, manakala Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon PhD.
Selain itu, pemohon juga telah mendapat tawaran tanpa syarat atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada 2024 di institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian masing-masing.
JPA turut memaklumkan pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertasi atau tesis.
Pemohon juga perlu terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya dengan calon Sarjana penglibatan secara aktif adalah satu kelebihan, manakala calon PhD penglibatan adalah wajib.
Menurut JPA keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan.
"Permohonan yang memenuhi syarat serta melepasi saringan lanjut pihak JPA sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temu duga.
"Sebarang pertanyaan lanjut mengenai penawaran ini, layari portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my atau hubungi talian 03-88853053/3879 pada setiap hari bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang atau e-mel kepada penawaranldp@jpa.gov.my," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024

Kenyataan itu memaklumkan syarat permohonan BYDPA Tahun 2024 antaranya ialah warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jan lepas. - Gambar hiasan/Unsplash
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Permohonan BYDPA 2024 bermula 4-29 Mac - JPA
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2024 bermula hari ini hingga 29 Mac, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)