Isu pemberian hak milik kekal tanah boleh diselesaikan melalui bidang kuasa negeri tanpa perlu mendapat persetujuan Perdana Menteri dan timbalannya.
Demikian menurut Naib Pengerusi DAP Perak Dr Abdul Aziz Bari yang berkata, perkara itu jelas termaktub dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tanah Negara.
Sehubungan itu, katanya, ia tidak sepatutnya menjadi isu untuk dilaksanakan kerana ia adalah janji manifesto Pakatan Harapan (PH) negeri Perak.
“Apabila ia satu janji manifesto, ia tidak perlukan keputusan ataupun resolusi Kabinet ke ataupun Exco.
“Ia adalah sesuatu yang mesti ditunaikan sebab rakyat telah memberi sokongan dan kemenangan. Maka kerajaan mesti menunaikan janji itu,” katanya ketika ditemui selepas program Kembali Ke Sekolah di Kampung Cempaka Sari di sini, pada Jumaat.
BACA: Pemberian hak milik kekal tanah terkandung dalam manifesto PH
Pada Khamis, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta semua pihak supaya tidak mempolemik atau mempolitikkan isu pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada kampung-kampung baharu di negeri ini.
Katanya, kerajaan negeri akan mendapatkan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Majlis Tanah Negeri (MTN) berkaitan isu tersebut sebelum melakukan tindakan seterusnya.
Abdul Aziz berkata, isu hak milik kekal tanah tidak boleh dilihat daripada lensa kaum, sebaliknya perlu dilihat dari segi undang-undang dan keadilan sosial.
BACA: Isu tanah kampung baru perlu dapat pandangan semua pihak - MB Perak
BACA: Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak
Menurutnya, tanah adalah untuk rakyat membina rumah, bukan untuk tauke-tauke atau korporat menambah kekayaan dan ia juga bukan beratus hektar dan bukan juga untuk menggondolkan bukit.
“Jadi saya tidak nampak ada isu di sini. Kita kena hentikan melihat isu ini daripada persepsi kaum.
“Saya lihat banyak dalam blog, dalam Facebook dan sebagainya. Bila sebut tanah hak milik kekal, kaum Melayu miskin, tanah Melayu habis, Cina rampas tanah Melayu, dan sebagainya,” ujarnya.
BACA: Isu hak milik tanah 999 tahun: Jangan cabul perlembagaan - UMNO Perak
Abdul Aziz berkata, permintaan untuk membincangkan isu itu di dalam PH memang pernah dibangkitkan tetapi ia tidak pernah berlaku.
Beliau turut mendedahkan manifesto PH Perak ditulis oleh seseorang daripada parti Amanah, bukannya DAP.
“Jadi, jangan timbulkan isu kaum dan jangan salahkan DAP. Ini soal yang sudah dipersetujui.
"Walaupun saya tiada di situ waktu perbincangan, tetapi sebagai kerajaan, kita bertanggungjawab untuk melaksanakan segala janji yang kita buat,” tegasnya.
VIDEO: Exco Perak diingat hati-hati ulas isu sensitif
Abd Razak Mohd Ali
Fri Dec 13 2019

Abdul Aziz berkata, isu hak milik kekal tanah tidak boleh dilihat daripada lensa kaum, sebaliknya perlu dilihat dari segi undang-undang dan keadilan sosial. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemberian hak milik kekal tanah bidang kuasa pihak berkuasa negeri - Aziz Bari
Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, perkara itu jelas disebut di dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tanah Negara.

Isu hak milik tanah 999 tahun: Jangan cabul perlembagaan - UMNO Perak
Langkah itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar ketetapan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke 73.

DAP Perak nafi beri tekanan kepada MB
Nga Kor Ming mendakwa hubungan DAP dengan Ahmad Faizal berada dalam keadaan baik dan bekerja sebagai satu pasukan serta saling hormat menghormati.