KUALA LUMPUR: Pemberian bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara tidak seharusnya dijadikan isu politik, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
"Dalam membincangkan soal kesukarelawanan dan pemberian bantuan adalah merupakan satu ibadah yang tidak seharusnya dijadikan sebagai satu isu politik.
"Bagi saya sendiri yang berada dalam sebuah parti politik Islam kami telah dididik sebelum kami menyertai arena politik untuk melakukan kerja-kerja kebajikan dan saya sendiri sudah 35 tahun bersama dengan masyarakat jadi sebenarnya kerja kebajikan ini adalah tanggungjawab kita dan politik ini cumalah pelengkap untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV dengan tajuk "Misi Bantuan Banjir Untuk Laba Politik?" di sini malam tadi.
Ketika ditanya mengenai penglibatan sukarelawan daripada parti politik yang mengenakan pakaian dan logo parti ketika di lapangan, Siti Zailah berkata Malaysia sebagai sebuah keluarga besar yang mempunyai masyarakat dengan pelbagai latar belakang telah menunjukkan sikap keterbukaan dan keikhlasan masing-masing dalam membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir.
"Kita sebagai satu keluarga besar yang mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan ideologi politik, ini menunjukkan keterbukaan kita yang penting kita tidak meletakkan mesti pakai pakaian yang tertentu, sebab itu menunjukkan keikhlasan mereka.
"Bagi saya, tak kisah mereka pakai warna atau logo apa, yang penting adalah kecintaan dan kasih sayang mereka bagaimana mereka menyantuni mangsa ini adalah sifat yang terpuji dan saya lihat ada orang Islam menolong yang bukan Islam dan begitu juga sebaliknya menunjukkan dalam kita menghadapi bencana ini kita adalah seperti satu keluarga yang erat," katanya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menggerakkan lebih daripada 3,000 pegawainya bagi memastikan penempatan dan kebajikan mangsa-mangsa banjir berada dalam keadaan terurus serta makan minum yang mencukupi dan sebanyak RM35 juta telah dibelanjakan oleh pihak kementerian bagi tujuan penyediaan barangan keperluan asas.
Selain itu, seramai 1,500 Sukarelawan Kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia juga telah digerakkan untuk menjalankan Intervensi Psikososial kepada mangsa bencana yang terlibat.
Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita juga telah menggerakkan Skuad Waja yang memiliki keahlian berdaftar seramai 100,200 untuk turun sama membantu mangsa bencana memberikan sokongan emosi termasuk membantu membersihkan rumah mangsa banjir.
Ahli Dewan Negara Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian turut menambah, kerajaan negeri dan Persekutuan perlu melakukan satu pencarian penyelesaian yang serius untuk memastikan jika berlakunya kejadian banjir dalam skala yang berlaku pada tahun ini ada persediaan dari pihak kepimpinan negara dan negeri untuk memastikan kejadian itu tidak berulang.
"Kita lihat seperti apa yang berlaku di Selangor adalah sesuatu yang berbeza dan kita perlu lihat cara untuk kita lakukan satu 'flood mitigation system' (sistem tebatan banjir) untuk menangani apa yang berlaku sekarang untuk masa hadapan supaya ada langkah-langkah untuk meminimakan apa yang mungkin berlaku," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Dec 31 2021

Siti Zailah (kiri) ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir pada Majlis Agihan Bantuan Wang Ihsan Kepada Mangsa Banjir di SK Gual Tinggi, Rantau Panjang, 29 Dis lalu. --fotoBERNAMA

6,287 peserta sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat sehingga 17 Mac
Seramai 6,287 peserta yang telah diluluskan menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sehingga 17 Mac 2025.

Dapat rezeki tak terduga, Noraniza Idris batal niat tutup kilang muruku
Berdepan dengan kerugian lebih RM1 juta sebelum ini, penyanyi Noraniza Idris menghela nafas lega apabila kilang makanan ringan muruku Che Ani Premium yang hampir ditutup dapat terus beroperasi.

RUU Pembaharuan Semula Bandar lindungi hak pemilik, pampasan lebih adil - PM
Tanggapan kononnya undang-undang ini akan menyebabkan orang Melayu dan Bumiputera kehilangan tempat di bandar adalah tidak benar.

PM Anwar tegur insiden pemuda Cina ditampar warga emas
Sensitiviti agama, kaum dan bangsa boleh dielakkan jika semua pihak mengamalkan prinsip hormat menghormati antara satu sama lain, kata Perdana Menteri.

Singapura seru sambung rundingan ke arah gencatan senjata berkekalan di Gaza
Singapura menyuarakan kebimbangan terhadap berulangnya pertempuran di Gaza yang mengakibatkan kematian dalam kalangan orang awam.
AWANI Ringkas: Pelanggaran Akta Mesin Cetak 1984
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Siasatan SPRM ke atas bekas PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ops Mulia: 734 naskah al-Quran, lebih 19,000 bahan al-Quran disita
Sejumlah 734 naskah al-Quran dan 19,682 bahan al-Quran yang tiada perakuan disita bagi tempoh 7 hingga 12 Mac lepas.

Dua karnival, tiga bazar sempena Ramadan dan Aidilfitri rai ulang tahun ke-50 AmBank
Siri karnival perayaan anjuran AmBank himpunkan rakyat Malaysia dalam semangat perpaduan dan perayaan yang sebenar.

Warga emas tampar pemuda dilepas tanpa bebas, kes dirujuk AGC
Kertas siasatan kes berkenaan akan dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya.

Salah guna pili bomba di Rantau Panjang, JBPM sah keluarkan kompaun
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan mengeluarkan kompaun terhadap individu yang menyalahgunakan pili bomba di Rantau Panjang baru-baru ini.

400 laman sesawang pedofilia, pornografi kanak-kanak disekat sehingga Ogos
Sebanyak 400 laman sesawang berkaitan pedofilia dan pornografi kanak-kanak telah disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) setakat Ogos lepas.

Pantau, kawal anak-anak susulan laporan cubaan culik - Siti Zailah
Ibu bapa digesa melakukan kawalan ketat ke atas anak-anak mereka.

JKM kerjasama dengan polis, akan bertemu keluarga mangsa culik
PDRM akan melihat pelbagai aspek sama ada berlaku pengabaian terhadap wanita berikutan penglibatan suami mangsa dalam sindiket dadah.

Kesiapsiagaan JKM hadapi banjir hampir 100 peratus - Siti Zailah
Bagi menghadapi banjir tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan RM9.16 juta berbanding RM7.3 juta tahun lepas.

Kajian cuti haid, subsidi tuala wanita dijangka selesai Oktober - Siti Zailah
Kajian melibatkan 57,000 responden tentang cuti haid dan subsidi tuala wanita sedang dijalankan dan dijangka selesai pada Oktober.

MySTEP: Kerajaan lulus lebih 2,000 peluang pekerjaan di JKM secara berperingkat
Ia bagi memenuhi jawatan yang diperlukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

KPWKM akan teliti penutupan taska, tadika untuk elak penularan HFMD
KPWKM akan meneliti keperluan penutupan taska dan tadika untuk mencegah penularan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang semakin membimbangkan.

Tiada masalah hentikan JKMPay sekiranya tiada manfaat
Tiada masalah untuk menghentikan pelaksanaan JKMPay sekiranya ia didapati tidak memberi manfaat kepada penerima.

Guna sentuhan fizikal 'lembut' didik isteri: Kenyataan Siti Zailah 'curi' tumpuan media antarabangsa, ada jadikan 'gurauan'
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff baru-baru ini berkongsi beberapa tips menjaga keharmonian dalam hidup berumah tangga.