PASIR MAS: Kekurangan bekalan minyak masak paket bersubsidi di pasaran sejak sebulan lepas disebabkan pembelian oleh golongan 'kayangan' khususnya T20 dan M20.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata minyak paket berkenaan sepatutnya hanya digunakan untuk golongan berpendapatan rendah iaitu B40.
Katanya, kerajaan perlu berbelanja besar dengan memperuntukkan 60,000 tan minyak paket sebulan dengan subsidi yang diberikan setiap kilogram (kg) minyak adalah antara RM2.50 sehingga melebihi RM3 bergantung kepada harga semasa.
"Kerajaan perlu berbelanja besar untuk barangan bersubsidi contohnya minyak paket bagi 1kg dijual pada harga RM2.50, harga semasa adalah RM5 atau RM6. Untuk 1kg kerajaan terpaksa menanggung kos melebihi RM3," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Walkabout Pemantauan Pembukaan Sempadan Negara Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Rosol berkata pihaknya turut mengenal pasti, peniaga kedai makan dan restoran yang menggunakan minyak berkenaan hingga menyebabkan kekurangan bekalan minyak bersubsidi itu.
"Kebanyakan peniaga dikesan menggunakan minyak paket ini. Sekiranya pihak kami ingin menjalankan siasatan dan melaksanakan penguatkuasaan mereka akan menggunakan minyak mahal dan secara tidak langsung akan menjual barangan niaga lebih mahal.
"Isu ini bukan hanya berlaku di Kelantan, tetapi termasuk di Melaka, Negeri Sembilan dan sebagainya. Kalau tahun lepas isu ini didakwa berkait dengan kelewatan bayaran kepada syarikat pembungkusan semula yang lambat menyebabkan aliran tunai bermasalah tetapi kita sudah bayar jadi tiada isu lagi," katanya.
Ketika ditanya sama ada kekurangan minyak paket berkenaan turut berpunca daripada Program Jualan Keluarga Malaysia, Rosol berkata untuk program berkenaan ia hanya melibatkan satu atau dua syarikat pembungkusan semula.
"Sedangkan setiap negeri ada lima sehingga enam syarikat pembungkusan semula minyak masak bersubsidi, jadi itu tidak ada isu. Apa yang kita tidak mahu, minyak berkenaan dibawa ke negara jiran," katanya menambah penguatkuasaan dengan pasukan keselamatan terus dipergiatkan bagi mencegah barangan bersudsidi diseludup ke negara jiran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022

Datuk Rosol Wahid berkata minyak paket berkenaan sepatutnya hanya digunakan untuk golongan berpendapatan rendah iaitu B40. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Warga asing ditahan cuba seludup minyak masak peket
KPDN Kelantan menahan seorang lelaki warga asing selepas cuba menyeludup 850 minyak masak peket ke negara jiran di tepi jalan Salor-Pasir Mas di sini pada Selasa.

Kerajaan belanja RM77 bilion sebagai subsidi bantu rakyat - Nanta
Katanya, pemberian subsidi adalah tanda kerajaan sentiasa peka akan kesusahan rakyat, terutama dalam mengharungi cabaran masa kini.

Timbangan kurang, syarikat pembungkus minyak peket di Melaka berdepan tindakan
Minyak masak peket dikeluarkan syarikat itu dibungkus dalam kuantiti kurang daripada satu kilogram seperti ditetapkan pada plastik pembungkus.

Minyak peket: Peniaga ditahan kenakan syarat tidak masuk akal
Hasil serbuan, pihaknya telah menyita 187 peket minyak masak bersubsidi berjenama 1 kilogram (kg) yang bernilai keseluruhan RM467.50.

Op ATM: KPDNHEP Perak rampas 2,162 peket minyak masak bersubsidi
KPDNHEP Perak merampas 2,162 peket minyak masak bersubsidi 1 kg dalam Operasi Ayam, Telur & Minyak Masak (Op ATM) Fasa II sejak 1 Julai lalu.

Polis sedia bantu KPDNHEP jejak penyeleweng minyak masak peket
Pihaknya juga akan meminta kerjasama pihak berkuasa Thailand selain melaksanakan risikan di sempadan.

KPDNHEP perhebat penguatkuasaan, bendung seludup minyak masak ke negara jiran
KPDNHEP akan memperhebat aktiviti penguatkuasaan bagi membendung jenayah penyeludupan dan penyelewengan minyak masak bersubsidi ke negara jiran.

Kuota minyak masak bersubsidi mencukupi - Wee
Kuota minyak masak bersubsidi yang diperuntukkan sebanyak 55,000 tan metrik sebulan atau 660,000 tan metrik setahun mencukupi setakat ini.

Aplikasi telefon pintar antara cadangan pantau pembelian minyak masak subsidi - Nanta
Penggunaan aplikasi telefon pintar untuk merekodkan pembelian barang kawalan, merupakan antara kaedah yang dicadangkan untuk mengawal ketat agihan barangan bersubsidi.

Pemansuhan subsidi minyak langkah pastikan lebih banyak bantuan bersasar - Pakar
Ia memberi manfaat kepada golongan rentan dalam memperoleh barangan keperluan bersubsidi yang disediakan kerajaan.