KUCHING: Penggunaan aplikasi telefon pintar untuk merekodkan pembelian barang kawalan, merupakan antara kaedah yang dicadangkan untuk mengawal ketat agihan barangan bersubsidi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata kerajaan masih meneliti kaedah terbaik dan beberapa syor telah disuarakan, sebagai langkah mengekang ketirisan berkaitan pembelian barangan itu secara borong, termasuk minyak masak kampit satu kilogram (kg) di pasaran.
"Kita tetapkan dua paket (minyak masak kampit) untuk seorang, tapi ada antara pengguna selepas buat pembelian, mereka pergi ke kedai lain dan beli lagi. Kita sedar itu berlaku.
"Mungkin boleh pakai aplikasi nanti jadi kalau pengguna nak beli lagi di kedai lain, aplikasi itu tidak akan benarkan. Ini bukan untuk minyak masak sahaja, tapi barangan subsidi yang lain," katanya selepas melawat kilang pembungkusan minyak masak di sini hari ini.
Nanta turut memberi amaran kepada pemain industri untuk tidak terbabit dalam aktiviti penyelewengan barangan bersubsidi dan beliau tidak teragak-agak untuk menggantung permit syarikat sekiranya didapati bersalah.
NANTA-APLIKASI 2 (AKHIR) KUCHING
Turut hadir dalam lawatan itu Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak Peter J.Berinus Agang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin.
Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Nanta berkata peranan KPDNHEP dalam penentuan harga siling ayam di pasaran, tertumpu kepada penguatkuasaan untuk memastikan peniaga mematuhi harga siling yang ditetapkan.
Katanya sesi libat urus bersama penggiat industri ternakan ayam serta pegawai kanan kementeriannya dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), diadakan pagi tadi bagi membincangkan isu berkenaan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dalam usaha memastikan rakyat tidak terbeban.
Dalam pada itu, dalam kenyataan media hari ini, Nanta memaklumkan tiada sebarang aduan dan kesalahan mengenai kegiatan sorok barang kawalan dicatatkan di Sarawak, sepanjang pelaksanaan Kempen Anti Sorok 2022 dari Januari hingga 18 Jun lepas.
Beliau turut memberitahu bekalan minyak masak kampit di negeri itu mencukupi setakat ini dan kekurangan di beberapa premis adalah bersifat sementara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (dua, kanan) melihat dari dekat kualiti minyak masak paket bersubsidi satu kilogram pada tinjauan di sebuah kilang pembungkusan minyak masak hari ini. - Foto BERNAMA
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Lembaga Getah ambil tindakan peniaga enggan guna aplikasi RRIMniaga
Lembaga Getah Malaysia (LGM) sedang berusaha memastikan kalangan peniaga getah menggunakan aplikasi RRIMniaga secara konsisten.

Aplikasi telefon pintar antara cadangan pantau pembelian minyak masak subsidi - Nanta
Penggunaan aplikasi telefon pintar untuk merekodkan pembelian barang kawalan, merupakan antara kaedah yang dicadangkan untuk mengawal ketat agihan barangan bersubsidi.

Disangka 'gadis jelita' bermotosikal, rupa-rupanya...
Seorang 'pak cik' mengubah wajahnya menggunakan aplikasi telefon pintar sehingga berjaya menarik belasan ribu pengikut di media sosial.

Boost: Tambah nilai & beli baucer dengan diskaun sehingga 60%
Siapa yang tidak suka membeli-belah sekiranya diberi diskaun sehingga 60 peratus untuk berbuat demikian?