KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan hari ini meminta seorang saksi pendakwaan mengemukakan fail yang mengandungi maklumat pendapatan dan elaun Tan Sri Shahrir Ab Samad sebagai ahli Parlimen sejak 1978 dalam perbicaraan kes bekas pengerusi Felda itu.
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Shahrir berkata dokumen tersebut diperlukan bagi menyokong pihak pembelaan bahawa RM1 juta yang didakwa diterima anak guamnya pada 2013 bukan pendapatan yang dikenakan cukai.
"Pendapatan Shahrir sangat relevan. Dia menghadapi pertuduhan di bawah AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram) yang kesalahan predikat berkaitan dengan Seksyen 113 Akta Cukai Pendapatan, yang pendiriannya adalah tidak ada pengisytiharan pendapatan kerana RM1 juta adalah pembayaran balik dana amanah berhubung dengan wang peribadi.
"Oleh itu, seseorang itu perlu memastikan dia telah meletakkan wang peribadinya dahulu untuk menerima bayaran balik," katanya pada perbicaraan kes bekas ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan tuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurut peguam itu, sekiranya dokumen tersebut tidak relevan, pihak pendakwaan tidak akan memanggil saksi pertama iaitu Penolong Pegawai Tadbir Tinggi, Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen, Parlimen Malaysia, Rosli Mat Jinun untuk memberikan keterangan bagi membuktikan pertuduhan terhadap Shahrir.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd 'Afif Ali membantah permohonan pihak pembelaan itu atas alasan bahawa dokumen tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pertuduhan pengubahan wang haram.
Peguam Tan Sri Dzulkifli Ahmad kemudian menyoal Rosli sama ada dia bersetuju untuk mengemukakan fail tersebut pada prosiding akan datang, Rosli menjawab: "Setuju".
Dzulkifli: Dokumen ditunjukkan menerusi fail?
Rosli: Fail biasa.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, pada 25 April 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 8 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 28 2022

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Shahrir berkata dokumen tersebut diperlukan bagi menyokong pihak pembelaan bahawa RM1 juta yang didakwa diterima anak guamnya pada 2013 bukan pendapatan yang dikenakan cukai. - fotoBERNAMA

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Shahrir tidak akan pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru
Pengunduran veteran UMNO itu disahkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada Sabtu.

Bicara kes Shahrir Samad bermula 26 Julai, pendakwaan kemuka 19 saksi
Kes itu dipindahkan dari Mahkamah Tinggi Jenayah lima (MTJ 5) untuk didengar di hadapan Hakim Muhammad Jamil.

Ini yang sempat Shahrir Samad lakukan untuk Felda
Antara lain, Shahrir memastikan tiada ahli politik dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat Felda.

Tsunami Melayu pembangkang mahu musnahkan institusi Melayu - Shahrir
Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan tsunami Melayu yang diuar-uarkan oleh pembangkang bertujuan memusnahkan institusi Melayu yang lama bertapak di negara ini.

Felda setuju wujudkan jawatankuasa siasatan, teliti tindakan dari sudut perundangan
Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata jawatankuasa terbabit akan meneliti daripada sudut perundangan berhubung tindakan yang bakal diambil

KLVC: Felda teliti syor laporan audit forensik - Shahrir
Felda akan bertindak terhadap mereka yang cuai menjaga kepentingan agensi kerajaan itu dan sayap pelaburannya, FICSB.

Inisiatif Felda 2.0 ubah wajah komuniti Felda
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, ia berbeza dengan tujuan asal penubuhan tanah rancangan itu kira-kira 60 tahun lalu.

Tanah milik, isu terakhir perbetul semula organisasi Felda - Shahrir
Shahrir berkata isu-isu lain yang menggelincirkan Felda, kini di bawah kendalian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah.

Isu tanah Felda-Jalan Semarak: Polis akan panggil Isa Samad
Kata Timbalan Ketua Polis Negara, beberapa individu akan dipanggil untuk dirakam keterangan termasuk bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Nilai aset melebihi liabiliti, Felda tidak muflis - Shahrir
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mempunyai nilai aset melebihi jumlah liabiliti yang ditanggungnya dan dakwaan syarikat itu hampir muflis, tidak benar.