Felda akan bertindak segera susulan arahan supaya tindakan diambil terhadap mereka yang cuai menjaga kepentingan agensi kerajaan itu dan sayap pelaburannya, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB).
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata agensi itu akan mengadakan mesyuarat khas malam ini antaranya untuk membincangkan syor yang dibuat hasil daripada audit forensik ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).
"Lembaga Felda menyambut baik arahan supaya tindakan tatatertib dan tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka yang cuai dalam menjaga kepentingan Felda dan FICSB," katanya kepada Bernama hari ini.
Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata laporan audit forensik yang dijalankan terhadap projek berkenaan menunjukkan terdapat ketidakpatuhan dalam prosedur perolehan dan kecuaian dalam menjaga kepentingan Felda.
Ia berkata Felda diarahkan mengambil tindakan tatatertib dan/atau undang-undang ke atas mereka yang dinamakan dalam laporan audit itu yang didapati cuai dalam menjalankan tugas, salah nyata dan tidak menjaga kepentingan Felda dan FICSB.
KLVC merupakan projek yang sedang dibangunkan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) di kawasan tanah milik Felda.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2018

SHAHRIR: Lembaga Felda menyambut baik arahan supaya tindakan tatatertib dan tindakan undang-undang dikenakan.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Salah guna dana, Anwar gesa audit forensik 3 organisasi bertanggungjawab bangun masyarakat India
Anwar menggesa audit forensik dilakukan ke atas tiga organisasi bertanggungjawab dalam pembangunan kaum India yang didakwa menyalah guna dana kerajaan bagi pembangunan masyarakat itu.

Penyelewengan dana: Masyarakat India perlu desak tubuh suruhanjaya
Tegasnya, mereka harus berani mendesak kerajaan adakan audit forensik terhadap penyelewengan dana melibatkan Mitra, Maika, MIED.

Bukti penyelewengan LCS dikumpul seawal 2010 - Laporan audit
Bukti penyelewengan dan kelemahan tadbir urus berhubung program kapal tempur pesisir (LCS) telah dikumpulkan seawal 2010 lagi.

Laporan audit forensik LCS: PAC cadang kerajaan laksana beberapa ketetapan
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan telah menerima laporan audit forensik berkaitan Review of the LCS Programme yang telah dinyahklasifikasikan.

Audit forensik terhadap syarikat pembungkusan minyak masak bersubsidi - Annuar
Jumlah pengeluaran bahan mentah itu akan diperiksa dan dianalisis sama ada kaedah yang digunakan ketika ini boleh diperbaiki atau dirombak.

Harap laporan audit forensik MAPS dibentang minggu depan
Laporan audit forensik Movie Animation Park Studios (MAPS) di Meru wajar dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kali ini.

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

Percepatkan audit forensik Pemilihan PKR - Anwar Ibrahim
Permintaan itu dibuat bagi membolehkan PKR mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pemilihan PKR 2022: Farhash bantah, gesa audit forensik, Amirudin ucap terima kasih
Farhash berkata, bantahan rasmi akan dikemukakan untuk menyiasat ketelusan keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada Ahad.

Sembilan syarikat disenarai hitam terlibat penyelewengan AP kenderaan
Kementerian ini sejak 2009 telah melaksanakan audit pematuhan secara berkala, bagi memastikan isu penyalahgunaan AP dapat diselesaikan.