Sembilan syarikat telah disenarai hitam selepas audit pematuhan dijalankan, kerana didapati melakukan kesalahan berkaitan penyelewengan Lesen Import (AP) kenderaan, bagi tempoh 2017 hingga 2018, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking.
Beliau berkata audit pematuhan itu meliputi keseluruhan proses pengimportan sehingga kenderaan itu dijual dan didaftarkan, selain ia bertujuan memastikan syarikat-syarikat pemegang AP Terbuka, mematuhi garis panduan sedia ada.
"Kementerian ini sejak 2009 telah melaksanakan audit pematuhan secara berkala, bagi memastikan isu penyalahgunaan AP dapat diselesaikan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang ingin tahu sama ada audit forensik wajib dijalankan ke atas semua penerima AP sedia ada, untuk memastikan tiada ketirisan dan unsur rasuah berlaku dalam pemberian kontrak dan pengagihan AP.
Jawapan berkenaan dipaparkan di laman web Parlimen malam tadi.
BACA: Jangan beri peluang kedua pihak salah guna AP
Darell berkata di bawah Dasar Baharu AP Terbuka yang bermula pada 1 Jan lepas bagi menambah baik pengurusan dan memastikan pengagihan AP lebih telus, beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan antaranya agihan asas peruntukan AP berdasarkan modal berbayar syarikat dan sebarang permohonan tambahan akan dipertimbang berdasarkan prestasi jualan oleh syarikat.
"Selain itu, bagi permohonan baharu syarikat-syarikat AP Terbuka, kereta dan motosikal yang dilantik adalah selepas melalui penilaian dan audit oleh juruaudit luar bertauliah yang dilantik oleh kementerian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 09 2019

DARELL: Bagi permohonan baharu syarikat-syarikat AP Terbuka, kereta dan motosikal yang dilantik adalah selepas melalui penilaian dan audit oleh juruaudit luar bertauliah yang dilantik oleh kementerian. - Gambar fail

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Dasar permit import terbuka akan wujud ekosistem automotif berdaya saing - Ahli Ekonomi
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengalu-alukan semua syarikat bumiputera, termasuk yang tidak mempunyai pengalaman dalam perdagangan automotif, untuk memohon AP.

Tukang masak berdepan hukuman mati, edar dan miliki dadah
Seorang tukang masak berdepan hukuman mati selepas didakwa atas dua tuduhan memiliki dan mengedar dadah.

Pemegang AP nafi dapat 'keuntungan melampau' jual EV - Pekema
Katanya, margin keuntungan yang diambil pengimport berbanding harga kilang ketika menjual semula kereta tersebut di Malaysia adalah normal.

Kastam sita 50 kenderaan mewah tiada AP bernilai RM11.4 juta
Sembilan daripada 50 kenderaan melibatkan motosikal berkuasa tinggi manakala selebihnya kereta mewah dari pelbagai negara.

Pemansuhan AP langkah tepat, jamin kelangsungan bekalan makanan - Nanta
Beliau berkata langkah itu akan memberi kelebihan kepada pengguna apabila bekalan mudah didapati berbanding keadaan semasa.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Mansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian
MPN memohon kerajaan menjaga kepentingan para pengusaha sektor makanan dan pertanian negara agar pemansuhan keperluan AP terhadap bahan makanan nanti tidak membawa kesan negatif kepada golongan itu.

Kontena dari Amerika Syarikat bawa sisa plastik jenis polietilena, bersih
Kontena dari Amerika Syarikat bawa sisa plastik jenis polietilena, bersih

60 peratus pemegang AP import daging dimiliki syarikat bumiputera - Kiandee
Antara pemegang AP daging syarikat bumiputera ialah Ramly Food Processing Sdn Bhd dan Darabif Meat Company yang berkeupayaan mengimport daging dalam jumlah besar.

MITI, agensi beroperasi secara jauh kecuali khidmat penting
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi di bawah kendaliannya, akan beroperasi secara jauh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula hari ini.