BUKIT MERTAJAM: Majlis Pemulihan Negara (MPN) memohon kerajaan menjaga kepentingan para pengusaha sektor makanan dan pertanian negara agar pemansuhan keperluan permit import (AP) terhadap bahan makanan nanti tidak membawa kesan negatif kepada golongan itu.
Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sewajarnya walaupun itu sudah diputuskan, untuk tempoh awal ini mesti ada cara bagi kerajaan memberikan perhatian untuk membantu pengusaha tempatan supaya tidak terjejas dengan perubahan dasar.
"Saya menyokong pemansuhan AP terhadap makanan ini namun dalam keadaan ia memberikan keuntungan kepada pengguna, kita tidak mahu para pengusaha pula yang akan rugi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Gerakan Pulau Pinang di sini hari ini.
Jelasnya, tujuan asal AP ini adalah untuk melindungi pengeluar tempatan iaitu pengimport dibenarkan dengan kuota tertentu supaya tidak beri kesan negatif kepada pengusaha tempatan.
Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan AP bagi mengimport sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta-merta.
Ismail Sabri berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan beliau bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
![Mansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian Mansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650900948_TBMUHYIDDINNEW.jpg)
Muhyiddin berkata sewajarnya walaupun itu sudah diputuskan, untuk tempoh awal ini mesti ada cara bagi kerajaan memberikan perhatian untuk membantu pengusaha tempatan supaya tidak terjejas dengan perubahan dasar. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Mesyuarat Kabinet dipercepat, bincang isu kos sara hidup, harga barangan - PM Mesyuarat Kabinet dipercepat, bincang isu kos sara hidup, harga barangan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653186920_SidangMedia.jpg)
Mesyuarat Kabinet dipercepat, bincang isu kos sara hidup, harga barangan - PM
KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga diminta bentangkan mekanisme bagi mengatasi isu-isu berkenaan.
![Mansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian Mansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650900948_TBMUHYIDDINNEW.jpg)
Mansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian
MPN memohon kerajaan menjaga kepentingan para pengusaha sektor makanan dan pertanian negara agar pemansuhan keperluan AP terhadap bahan makanan nanti tidak membawa kesan negatif kepada golongan itu.