Polis telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas berhubung kes penipuan dalam urusan penukaran hak milik tanah milik Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pasukan itu sedang mengumpul maklumat dan mengenal pasti individu yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Katanya, beberapa individu akan dipanggil untuk dirakam keterangan termasuk bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.
"Kita telah wujudkan pasukan khas untuk jalankan siasatan dalam usaha kumpulkan maklumat daripada Felda dan ada yang akan dipanggil keterangan selain dia (Isa). Kalau ada sesiapa lagi, kita akan panggil. Kita sudah buat kajian dan kaji latar belakang kes dan rancang apa tindakan lanjut. Kita akan susuli dengan tindakan rakam percakapan. Kita akan lihat mana arah tuju," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program kayuhan amal anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bayan Lepas, Pulau Pinang Jumaat malam.
Noor Rashid berkata, polis telah menerima satu laporan yang dibuat oleh pengurusan Felda berhubung perkara berkenaan.
Kes disiasat sebagai penipuan dan pemalsuan dokumen mengikut Seksyen 420 dan 471 Kanun Keseksaan.
Pada 12 Dis lalu, Felda telah membuat laporan berhubung kemungkinan berlaku penipuan dalam urusan penukaran hak milik tanah miliknya di Jalan Semarak, oleh syarikat Synergy Prominade Sdn Bhd.
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad membuat pendedahan tersebut sebaik dilantik menerajui jawatan itu Januari lalu.
Perkara tersebut telah pun dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Februari lalu.
BACA: Isu tanah Jalan Semarak: 'Ada gerakan mahu menyeleweng Felda'
BACA: Felda yakin dapat kembali hak milik tanahnya di Jalan Semarak
BACA: Tanah Felda: Anak gesa lebih banyak laporan polis, SPRM dibuat
BACA: 'Saya terpegun begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti Felda' - Shahrir
BACA: Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Dec 22 2017

Menurut Noor Rashid, beberapa individu akan dipanggil untuk dirakam keterangan termasuk Isa (gambar). - BERNAMA/Fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.

Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.

Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.

'Ketaatan, kesetiaan saya terhadap UMNO tidak berbelah bahagi' - Isa Samad
Tan Sri Mohd Isa Samad menegaskan, ketaatan dan kesetiaan terhadap UMNO tidak berbelah bahagi.

Isa Samad bebas kerana suapan tidak disokong bukti - Hakim
Tan Sri Mohd Isa Samad dilepas dan dibebaskan daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta kerana bayaran pertuduhan suapan itu tidak disokong bukti yang boleh dipercayai.

Kes rasuah: Mahkamah Rayuan lepas, bebas Isa Samad
Mahkamah Rayuan pada Rabu melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta.

Kes rasuah: Keputusan rayuan Isa Samad 31 Januari depan
Pada tarikh itu, Isa selaku perayu akan hadir ke prosiding yang dibuat secara fizikal bersama peguamnya.

28 Nov keputusan rayuan Isa Samad terhadap sabitan rasuah dan hukuman
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Nov untuk keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi sabitan dan hukuman penjara berkaitan kes rasuah.

Keputusan rayuan Isa Samad ditangguhkan ke tarikh lain
Keputusan rayuan Isa Samad berhubung sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan berhubung pembelian sebuah hotel di Sarawak ditangguhkan.Keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda, Isa Abdul Samad berhubu

PRN: Anak Isa Samad nafi guna populariti ayah
Anak kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan beliau menggunakan populariti ayahnya untuk meraih undi sepanjang berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) ini.