Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad menganggap usaha mendapatkan kembali tanah milik Felda yang dipindah milik melalui transaksi diragui adalah isu terakhir untuk diperjuangkannya dalam meletakkan kembali Felda di landasan yang betul.
Dalam temu bual khas dihadiri Bernama di ibu pejabat Felda hari ini, Shahrir berkata isu-isu lain yang menggelincirkan Felda, kini di bawah kendalian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah.
"Nak katakan isu tanah di (Jalan) Semarak ini sebagai yang terakhir, itu betul. Bahkan isu inilah yang paling rumit. Isu lain adalah pembelian Hotel Grand Plaza Kensington Hotel dan hotel di Kuching, (Merdeka Palace Hotel and Suites) itu memang sedang berjalan.
"Kes itu sudah ada yang ditahan dan ada penyiasatan SPRM. Yang baru kita buka ini (tanah) adalah isu terakhir. Semua ini saya buat dalam tempoh tahun pertama saya sebagai pengerusi Felda," kata beliau.
Sejak dilantik pada 6 Jan, beberapa tindakan telah dilakukan Shahrir untuk menyusun semula barisan pengurusan Felda, penstrukturan semula aset serta mengukuhkan kedudukan kewangan organisasi itu.
Antara tindakan drastik yang diambil ialah mengarahkan peletakan jawatan semua ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation (FIC) pada Januari serta penjualan aset-aset seperti kereta mewah dan hotel Grand Plaza Service Apartment di London.
Dua aset milik FIC di London dan Kuching sedang disiasat SPRM atas dakwaan pembelian pada kadar jauh lebih tinggi daripada kadar pasaran yang mengakibatkan kerugian kepada anak syarikat Felda itu.
Shahrir berkata sewaktu mula menerima tugas pada Januari bukan sahaja peneroka tidak percaya kepada Felda tetapi pihak bank juga tidak yakin dengan Felda sehingga sukar untuk mendapatkan pembiayaan kewangan.
Tawaran pembiayaan yang datang pula menuntut cagaran berlipat kali ganda nilainya daripada nilai pembiayaan.
"Melihat keadaan ini, kami mengambil keputusan untuk menjual aset-aset yang tidak diperlukan. Apa yang penting kedudukan kewangan Felda dapat distabilkan dengan segera. Melihat kesungguhan Felda ini, pada Jun lalu, Maybank tawarkan penerbitan sukuk. Saya pun mula-mula tak percaya tetapi inilah bukti bank kembali percaya kepada Felda," ujar beliau.
Di samping itu, Shahrir turut menyeru wakil kepada barisan lembaga pengarah yang bertanggungjawab untuk memberi penjelasan berhubung pemberian status wakil penuh kepada syarikat Synergy Promede Sdn. Bhd yang dibuat tanpa dilaporkan kepada lembaga pengarah.
"Mengapa keputusan dibuat awal tanpa kelulusan lembaga pengarah, hanya sahkan selepas itu sedangkan perkara ini besar. Mengapa PA (surat kuasa wakil penuh) yang begitu kuat kuasanya diberikan kepada syarikat ini? Keputusan ini meragukan kerana dibuat sebelum daripada mesyuarat lembaga pengarah," soal Shahrir.
Menurut rekod, PA itu dianugerahkan pada 3 Jun 2014 dan hanya dilaporkan kepada lembaga pengarah pada 2 Sept tahun yang sama.
"Orang di luar Felda tak tahu apa yang berlaku di dalam. Kita dapat tahu tentang isu tanah dipindah milik pada hujung Januari tahun ini. Mulai saat itu kita cermat sikit susun betul-betul langkah kerana ia melibatkan pelbagai pihak termasuk jabatan-jabatan dan kakitangan kerajaan.
"Sehinggalah dapat kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara, perdana menteri pun tahu. Pendapat Jabatan Peguam negara amat tegas iaitu 'batalkan PA dan daftarkan kaveat. Itulah hala tuju yang kita ambil sepanjang kes ini," kata beliau.
Felda sebelum ini dilaporkan bakal kehilangan hak milik tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur itu yang dianggarkan bernilai RM200 juta akibat pertukaran hak milik menerusi transaksi yang meragukan sejak 2015.
Dikatakan lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda sudah ditukar nama kepada syarikat lain pada 2016 dan pindah milik tanah itu berlaku apabila FIC melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 2014 serta diberi surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2017

SHAHRIR: Isu inilah yang paling rumit.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.

Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.

Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.

Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.

12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.

Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia

'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.

Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.