LAHAD DATU: Satu program pembedahan klef atau sumbing secara besar besaran iaitu Grand Smile Operation Initiative (GSOI) akan diadakan di Hospital Lahad Datu selama dua minggu bermula esok.
Ia julung kali dilakukan dalam skala besar di negara ini melibatkan gabungan 18 doktor pakar pelbagai jabatan dari seluruh negara yang diketuai oleh Dr Rubinderan A/L Muthusamy.
Program pembedahan ini mensasarkan 58 orang pesakit sumbing untuk dibedah dalam tempoh dua minggu yang terdiri daripada bayi berusia tiga bulan sehingga kanak-kanak berusia empat tahun.
Timbalan Menteri Kesihatan,Lukanisman Awang Sauni berkata akibat pandemik COVID-19 banyak pembedahan terpaksa ditangguhkan bukan sahaja untuk kes sumbing namun bagi kes lain seperti katarak mata dan lain -lain.
“Program pembedahan ini adalah dengan harapan untuk memberi harapan baru kepada kanak-kanak terutamanya yang mempunyai kecacatan fizikal apabila lahir dan juga kecacatan ini dapat diubati melalui proses pembedahan elektif,”
“Saya berharap agar usaha ini dapat diulang secara konsisten di bawah program Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sudah pasti saya menyeru dan rasa empati syarikat-syarikat dan juga NGO-NGO yang mempunyai kewangan dapat memberi sumbangan dan juga dapat memberikan aaset-aset yang diperlukan untuk menjayakan program seumpama ini,” katanya ketika merasmikan program tersebut.
Hadir sama dalam majlis, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Rose Nani Mudin, Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian Malaysia,Dr. Noormi Othman, Pengarah Hospital Lahad Datu, Dr.Mohd Andi Shamsureezal Datuk Mohd Sainal dan para penyumbang program.
Ridzal Abdullah
Mon Feb 06 2023

Lukanisman (tiga kiri) sedang diberikan penerangan mengenai klef oleh petugas. - Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pembedahan sumbing terbesar di Malaysia diadakan di Lahad Datu
Program Grand Smile Operation Initiative akan diadakan di Hospital Lahad Datu melibatkan gabungan 18 doktor pakar pelbagai jabatan dari seluruh negara.