KUALA LUMPUR: Seorang pembantu tadbir kewangan di Markas Tentera Laut didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu berhubung permohonan perkhidmatan sajian bagi dua program di Kementerian Pertahanan Malaysia.
Hakim Rozina Ayob turut memerintahkan Norshuhada Ismail, 35, menjalani hukuman penjara 30 hari, jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Rozina berkata sebagai ibu, tertuduh sepatutnya menjadi contoh kepada anak-anaknya.
Norshuhada didakwa sebagai ejen kepada Kementerian Pertahanan Malaysia telah bersubahat dengan seorang pengurus syarikat menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Kertas Kerja Permohonan Perkhidmatan Sajian bagi Kursus Bijak Urus Wang dan Bengkel Memperkasakan Modal Insan pada Mac 2022 berjumlah RM15,776 untuk memperdayakan kementerian itu.
Kesalahan itu dilakukan di pejabat Pusat Tanggungjawab (PTJ) Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan Malaysia di sini antara Februari hingga Mac 2022.
Pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Afiqah Ab Razak memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh selain mengambil kira kes ini membabitkan penjawat awam.
"Tertuduh merupakan pembantu tadbir kewangan yang menguruskan perolehan. Ini profesion mulia yang tidak seharusnya dicemari unsur jenayah.
"Penggunaan dokumen palsu adalah sikap tamak tertuduh. Selain itu, pendakwaan juga tidak membantah sekiranya hukuman denda diberikan kepada tertuduh dalam jumlah RM20,000 hingga RM25,000," katanya.
Norshuhada yang tidak diwakili peguam merayu agar tidak dipenjarakan sebaliknya didenda antara RM20,000 hingga RM25,000 atas alasan dia menanggung keluarga dan mempunyai tiga anak yang masih kecil.
"Ini merupakan kesalahan pertama saya. Saya insaf dan menyesal serta berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama. Dengan hukuman ini, saya akan dikenakan tindakan tatatertib dan dibuang kerja dari Kementerian Pertahanan yang saya telah bertugas lebih 10 tahun.
"Saya juga akan kehilangan sumber pendapatan dan tempat tinggal memandangkan saya tinggal di kuarters kakitangan awam," kata wanita itu dalam nada sebak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
![Pembantu tadbir kewangan Markas TLDM didenda RM20,000 guna dokumen palsu Pembantu tadbir kewangan Markas TLDM didenda RM20,000 guna dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699340103_TBCourtHammer.jpg)
Hakim Rozina Ayob turut memerintahkan Norshuhada Ismail, 35, menjalani hukuman penjara 30 hari, jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710819280_tbWanitadireman.jpg)
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
![Pembantu tadbir direman empat hari disyaki terima rasuah RM16,000 Pembantu tadbir direman empat hari disyaki terima rasuah RM16,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707278876_TBmenerimarasuah.jpg)
Pembantu tadbir direman empat hari disyaki terima rasuah RM16,000
Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah daripada tiga pemilik tanah yang mahu memohon kelulusan pecah bahagian tanah.
![Pembantu tadbir kewangan Markas TLDM didenda RM20,000 guna dokumen palsu Pembantu tadbir kewangan Markas TLDM didenda RM20,000 guna dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699340103_TBCourtHammer.jpg)
Pembantu tadbir kewangan Markas TLDM didenda RM20,000 guna dokumen palsu
Seorang pembantu tadbir kewangan di Markas Tentera Laut didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu.
![SPRM tahan pembantu tadbir disyaki kemuka tuntutan palsu kira-kira RM160,000 SPRM tahan pembantu tadbir disyaki kemuka tuntutan palsu kira-kira RM160,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690781136_Handcuffedwomen.jpg)
SPRM tahan pembantu tadbir disyaki kemuka tuntutan palsu kira-kira RM160,000
Wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, semasa hadir memberikan keterangan di SPRM Kedah.
![Pembantu tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois Pembantu tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686651407_TBCourtHammer.jpg)
Pembantu tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois
Seorang pembantu tadbir didenda RM5,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana menerima RM4,797.50 daripada seorang pekerja sebuah syarikat pembekalan makanan untuk menaikkan jumlah peserta dal
![Pembantu tadbir didakwa 22 pertuduhan terima rasuah Pembantu tadbir didakwa 22 pertuduhan terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684917512_Pembantutadbirdida.jpg)
Pembantu tadbir didakwa 22 pertuduhan terima rasuah
Sultan Johor menitahkan agar Kerajaan Persekutuan memperhalusi semula tindakan dalam menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
![Pembantu tadbir didakwa pecah amanah lebih RM41,000 wang khairat kematian Pembantu tadbir didakwa pecah amanah lebih RM41,000 wang khairat kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669088587_TBpecahamanah.jpg)
Pembantu tadbir didakwa pecah amanah lebih RM41,000 wang khairat kematian
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Felda Panching Timur Kuantan antara Februari 2018 hingga Jun 2019.
![Pembantu tadbir didakwa terima rasuah syorkan syarikat anak Pembantu tadbir didakwa terima rasuah syorkan syarikat anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663827668_TBRASUAHBUTTERWORTH.jpg)
Pembantu tadbir didakwa terima rasuah syorkan syarikat anak
Dia didakwa mengesyorkan syarikat milik anak lelakinya berhubung kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan peralatan bernilai RM8,890, dua tahun lalu.
![Diperdaya serah 'username' dan 'password', pembantu tadbir rugi lebih RM30,000 Diperdaya serah 'username' dan 'password', pembantu tadbir rugi lebih RM30,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647244345_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Diperdaya serah 'username' dan 'password', pembantu tadbir rugi lebih RM30,000
Seorang pembantu tadbir di Port Dickson mendakwa kerugian RM38,480 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak syarikat kurier.
![SPRM tahan pembantu tadbir hospital universiti awam salah guna kedudukan SPRM tahan pembantu tadbir hospital universiti awam salah guna kedudukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639275132_sprm.jpg)
SPRM tahan pembantu tadbir hospital universiti awam salah guna kedudukan
Menurut sumber, suspek merupakan wanita berumur 53 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada 2.50 petang tadi, selepas hadir memberi keterangan.