IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberi jaminan sebarang pembangunan di Tasik Cermin di sini, tidak akan menjejaskan kelestarian alam sekitar kawasan berkenaan.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ini kerana kawasan tersebut merupakan sebahagian daripada Geopark Lembah Kinta.
Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya sentiasa membuat pemantauan untuk nemastikan segala aktiviti mematuhi syarat yang telah ditetapkan.
“Setiap tiga tahun sekali kita ada audit untuk memastikan aktiviti di kawasan ini mengikut asas-asas yang ditetapkan oleh Lembaga Penasihat Geopark Lembah Kinta,” katanya ketika merasmikan kafe yang diusahakan sebuah syarikat pengeluar kopi, di kawasan Tasik Cermin, hari ini.
Pembangunan kawasan sekitar satu hektar itu adalah untuk tujuan ekopelancongan.
Rumaizi berkata, dengan adanya kemudahan baharu itu, jumlah pelancong ke Tasik Cermin dijangka meningkat kepada 40,000 sebulan, berbanding 30,000 sebelum ini.
Pembangunan yang telah dilaksanakan itu terdiri daripada bangunan dapur utama, bangunan restoran serta fasiliti seperti tandas dan surau, di samping pembinaan taman yang akan dijalankan kemudian.
Keunikan kawasan batu kapur ini bakal menjadikan kafe ini sebagai tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri.
Para pengunjung juga dapat menjamu selera sambil menikmati keindahan pemandangan di sekitar kawasan itu.
Dalam pada itu, Rumaizi berkata, syarikat pengendali berhasrat untuk mempromosikan tempat itu ke seluruh Malaysia dan dunia.
“Tempat ini diharap akan menjadi lokasi wajib dikunjungi oleh para pelancong apabila melancong ke negeri Perak khususnya Ipoh,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Dec 04 2022
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberi jaminan sebarang pembangunan di Tasik Cermin, tidak akan menjejaskan kelestarian alam sekitar kawasan berkenaan. - Gambar fail/ihsan Siti Norlizawati Narawi
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ipoh Town Hall bakal jadi pusat unggul aktiviti seni
Ipoh Town Hall, bangunan kolonial British berusia 108 tahun yang terletak di tengah-tengah bandar ini bakal berubah wajah.
Hanya pokok berisiko tinggi ditebang, seimbang kehijauan bandar - Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Ipoh turut menghantar arkitek dari Bahagian Landskap untuk mengikuti kursus berkaitan arborist.
Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.
4 bazar Ramadan di Ipoh laksana MySave Food, elak makanan terbuang
Menerusi program MySave Food lebihan makanan yang tidak terjual oleh peniaga bazar akan dikutip dan diagih kepada golongan yang memerlukan.
Peniaga bazar Ramadan sewakan tapak akan dikompaun, disenarai hitam - MBI
Majlis Bandaraya Ipoh akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga bazar Ramadan yang didapati menyewakan tapak bazar kepada pihak lain.
MBI senarai hitam penganjur, peniaga sewakan lot bazar Ramadan
Mereka yang terlibat juga akan dikenakan kompaun yang tinggi selain dihalang mengikuti mana-mana penganjuran bazar Ramadan tahun berikutnya.
Tiada pilih bulu, MBI tetap pegang janji pindahkan penjaja Padang Polo
Rumaizi berkata, pihaknya tetap berpegang pada janji untuk menempatkan para penjaja di lokasi baharu iaitu Saji Sejahtera@Polo.
MBI ambil tindakan premis diubah suai tidak ikut spesifikasi
Katanya, tindakan penguatkuasaan dilakukan terhadap pemilik premis yang dipercayai menyewakannya kepada warga asing.
MBI PBT pertama guna CMA turap semula jalan - Datuk Bandar
Malaysia, MBI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah terpilih untuk melaksanakan projek perintis itu.