IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mendedahkan terdapat kurang daripada dua peratus premis kediaman di bandar raya ini yang dikesan melanggar peraturan serta tidak mengikut spesifikasi pengubahsuaian kediaman sepertimana ditetapkan.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata tindakan penguatkuasaan telah dilakukan terhadap pemilik premis berkenaan yang dipercayai menyewakannya kepada warga asing.
"Daripada maklumat yang disemak bilik yang terdapat di premis berkenaan sememangnya kecil namun tidaklah kritikal sepertimana bilik 'sangkar burung' yang dilaporkan oleh media di Kuala Lumpur.
"Kita juga ada melakukan pemantauan secara berkala bagi memastikan perkara ini tidak berlaku," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Restoran dan Kafe Terbersih dan Penyerahan Sijil Gred A Sempena Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2023 di Bangunan MBI di sini, semalam.
Pada Ahad, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menegaskan akan mengambil tindakan terhadap pemilik premis yang menyewakan bilik sewa sempit seumpama "liang lahad" kepada penyewa sekiranya ia tidak mengubahnya kembali kepada bentuk asal.
Dalam kenyataan sama, beliau turut memaklumkan perkara itu perlu dipandang serius kerana pengubahsuaian berkenaan mengundang risiko kesihatan mental dan keselamatan jika berlaku kebakaran.
Dalam perkembangan lain, Rumaizi berkata sebanyak 359 daripada 1,072 premis restoran, kafe dan tempat makan telah dianugerahkan sijil penilaian gred A dalam tempoh Januari hingga September 2023.
Beliau berkata penganugerahan itu berdasarkan borang pemantauan penilaian Establishment Makanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"Antara kriteria bagi melayakkan para pemilik premis ini dianugerahkan sijil penilaian gred A ini adalah berdasarkan tahap kebersihan terbaik dari sudut premis, penampilan diri, tempat penyediaan makanan serta kemudahan tandas," katanya.
Selain itu, katanya orang ramai terutama para pelancong boleh mengakses sistem MyGred MBI dilaman sesawang MBI bagi menyemak status kebersihan premis makanan yang ingin dikunjungi khususnya di bandar raya ini.
"Ia bukan hanya memudahkan malah secara tidak langsung dapat mempromosi premis makanan bersih kepada pengunjung dan pelancong yang mengunjungi bandar raya ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023
Rumaizi berkata, perkara berkaitan pengubahsuaian premis perlu dipandang serius kerana ia mengundang risiko kesihatan mental dan keselamatan jika berlaku kebakaran. - Gambar fail/Astro AWANI
PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna
PPS itu akan menempatkan penduduk terjejas dari empat kampung iaitu Kampung Selamat, Kampung Seri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Manchester United diaibkan Bournemouth di Old Trafford
Amorim mempertaruhkan bintang Belanda Joshua Zirkzee di bahagian depan dibantu Bruno Fernandes dan Amad Diallo di bahagian tengah.
Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI di Indonesia
Kementerian Kesihatan menggunakan AI untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan memperbaiki ketepatan diagnosis.
Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.
Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.
Ratusan hadir upacara berkabung di Magdeburg selepas serangan pasar Krismas
Keluarga dan orang ramai dari pelbagai peringkat umur datang ke gereja Johanniskirche, tempat utama untuk upacara berkabung itu.
Pasar Kedai Payang dibanjiri pengunjung sempena cuti sekolah
Kedua-dua bangunan yang terletak bersebelahan itu mula dikunjungi pelanggan seawal 9 pagi terutama dari luar Terengganu.
Teruskan PKKP bukti Kerajaan MADANI prihatin terhadap pesara
Kebanyakan ahli bersyukur dengan keputusan berkenaan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung.
Pekerja, usahawan cari rezeki di Pulau Pinang wajib bayar zakat kepada ZPP
Perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 10 hingga 12 Sept lepas.
Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ipoh Town Hall bakal jadi pusat unggul aktiviti seni
Ipoh Town Hall, bangunan kolonial British berusia 108 tahun yang terletak di tengah-tengah bandar ini bakal berubah wajah.
Hanya pokok berisiko tinggi ditebang, seimbang kehijauan bandar - Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Ipoh turut menghantar arkitek dari Bahagian Landskap untuk mengikuti kursus berkaitan arborist.
Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.
4 bazar Ramadan di Ipoh laksana MySave Food, elak makanan terbuang
Menerusi program MySave Food lebihan makanan yang tidak terjual oleh peniaga bazar akan dikutip dan diagih kepada golongan yang memerlukan.
Peniaga bazar Ramadan sewakan tapak akan dikompaun, disenarai hitam - MBI
Majlis Bandaraya Ipoh akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga bazar Ramadan yang didapati menyewakan tapak bazar kepada pihak lain.
MBI senarai hitam penganjur, peniaga sewakan lot bazar Ramadan
Mereka yang terlibat juga akan dikenakan kompaun yang tinggi selain dihalang mengikuti mana-mana penganjuran bazar Ramadan tahun berikutnya.
Tiada pilih bulu, MBI tetap pegang janji pindahkan penjaja Padang Polo
Rumaizi berkata, pihaknya tetap berpegang pada janji untuk menempatkan para penjaja di lokasi baharu iaitu Saji Sejahtera@Polo.
MBI ambil tindakan premis diubah suai tidak ikut spesifikasi
Katanya, tindakan penguatkuasaan dilakukan terhadap pemilik premis yang dipercayai menyewakannya kepada warga asing.
MBI PBT pertama guna CMA turap semula jalan - Datuk Bandar
Malaysia, MBI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah terpilih untuk melaksanakan projek perintis itu.