KANGAR: Pembangunan pelancongan yang mampan akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada golongan muda di negeri Perlis, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Tuanku Syed Faizuddin yang merupakan Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bertitah pembangunan juga akan menghasilkan 'kesan pengganda' yang mampu dijana kepada masyarakat secara keseluruhannya di negeri Perlis.
Dalam perutusan hari ini sempena 'Hari Pelancongan Sedunia' yang diraikan pada 27 Sept setiap tahun, baginda bertitah Perlis berpotensi untuk diketengahkan menerusi agropelancongan.
"Kumpulan yang terlibat ialah petani, penternak dan juga nelayan melalui pemerkasaan dalam aktiviti-aktiviti berteraskan ekonomi dan keusahawanan sekali gus mempunyai sumber pendapatan yang pelbagai," titahnya.
Hari Pelancongan Sedunia disambut sebagai memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat antarabangsa mengenai kepentingan pelancongan serta nilai sosial, budaya, politik dan ekonomi. Pada 2019 iaitu sebelum pandemik COVID-19, 1.5 bilion kemasukan pelancong telah direkodkan di seluruh dunia.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah banyak lokasi pelancongan baharu yang menarik untuk dikunjungi di Perlis yang dapat menarik minat ramai untuk berkunjung apabila rentas sempadan negeri dibenarkan oleh kerajaan nanti.
Baginda juga menyarankan adalah menjadi tanggungjawab pemain industri tempatan untuk secara bersama-sama melipatgandakan promosi melalui pelbagai medium terutama sekali media sosial.
Selain itu setiap produk yang hendak ditonjolkan tersebut sentiasa berada dalam keadaan selamat, berkualiti, menarik, bersih, diselenggara dengan baik secara berkala serta memiliki warga kerja yang terlatih supaya efisyen dan mesra tetamu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021
Jambatan Tuanku Syed Putra yang menghubungkan Kampung Seberang Ramai dengan Kuala Perlis, salah satu tumpuan pelancong tempatan dan asing di Kuala Perlis, untuk merakamkan gambar. --fotoBERNAMA
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Banjir: Mangsa di Kedah, Perlis meningkat sedikit malam ini
Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada 1,419 orang daripada 447 keluarga berbanding 1,157 orang daripada 347 keluarga petang tadi.
Enam premis perniagaan disyaki berkaitan GISB dikesan di Perlis
Sebanyak enam premis perniagaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan GISB dikesan sekitar Perlis berdasarkan semakan Majlis Perbandaran Kangar Perlis (MPKPs).
Banjir di Perlis pulih, PPS ditutup sepenuhnya
Kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan air di kawasan kediaman mereka surut sepenuhnya.
PM Anwar beri sumbangan peribadi kepada mangsa banjir di Perlis
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberikan sumbangan peribadi menerusi Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU JPM) Perlis kepada 46 keluarga terjejas akibat banjir di empat pusat pemin
Banjir: Jumlah mangsa di Kedah dan Perlis meningkat, Pulau Pinang berkurang
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Perlis terus meningkat setakat 8 malam ini manakala di Pulau Pinang merekodkan sedikit penurunan.
Enam rumah rosak akibat ribut di Perlis
Setakat 9.10 malam tadi, kawasan terjejas melibatkan Kariah Beseri Sungai Paya, Kota Kayang, Wang Besar, Padang Melangit, Abi dan Tok Kaya.
Rafizi tinjau status terkini projek Kerajaan Persekutuan di Perlis
Menurut kenyataan Istana Arau, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima menghadap Rafizi petang semalam.
Perlis arah peniaga pasar malam henti sementara operasi ketika Maghrib
Perlis akan menguatkuasakan peraturan menutup sementara operasi perniagaan pasar malam ketika waktu maghrib bermula pada 15 Sept.
SUKMA 2024: Putri Nurrafqistina Damia sumbang emas keempat taekwondo Perlis
Putri Nurrafqistina Damia Md Roshidi membuktikan wakil wanita Perlis tiada tandingannya apabila menyumbang emas keempat Perlis menerusi acara taekwondo.
Sukma: Kontinjen Perlis diingatkan hindari gejala dadah, rasuah - Pemangku Raja Perlis
Kontinjen Perlis diingatkan menghindari gejala tidak sihat berkaitan penyalahgunaan dadah serta rasuah selain menjaga keselamatan diri dan kesihatan sewaktu berlangsung temasya Sukan Malaysia (Sukma)