NILAI: Keseluruhan pembangunan murid perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira pencapaian dalam akademik, kokurikulum serta potensi dalam bidang lain.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata Karnival Kokurikulum Peringkat Kebangsaan (Karnival KOKUM) merupakan antara usaha kementerian, bagi memastikan kemenjadian murid dan pembangunan pelajar seiring dengan pencapaian akademik, badan beruniform serta beberapa potensi lain.
Beliau berkata penglibatan pelajar dalam menerokai bidang lain berkaitan inovasi dan kreativiti, penting bagi memfokuskan kemenjadian murid.
"Saya optimis dalam pendidikan, tidak seharusnya melihat dalam satu aspek sahaja, jadi Karnival Kokurikulum antara usaha kementerian bagi memastikan kemenjadian murid, pembangunan anak-anak seiring bukan sahaja dalam akademik tetapi dalam potensi lain.
"KPM sentiasa melihat kemenjadian murid ini dalam pelbagai aspek dan bidang, serta meraikan semua potensi yang ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival KOKUM 2024 di sini pada Selasa.
Turut hadir Ketua Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan dan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) Datuk Dr Roslan Hussin.
Beliau berkata karnival disertai lebih 300 pelajar itu, merupakan platform terbaik bagi mengalakkan para pelajar mendalami minat masing-masing selain cemerlang dalam akademik.
Fadhlina berkata kementerian ketika ini turut memfokuskan hala tuju negara dalam reformasi pendidikan, dengan mewujudkan pelbagai jawatankuasa khas bagi menangani isu berkaitan pendidikan.
"Fokus utama saya memastikan reformasi pendidikan ini dapat berjalan dengan lancar dan kita minta semua pihak yang berminat untuk bersama KPM, berbincang mengenai program bersesuaian kerana isu pendidikan melibatkan semua pihak dan semua pandangan diraikan," katanya.
Fadhlina berkata KPM juga memperkenalkan program Tindak Susul Parlimen, iaitu ketika ini fokus untuk menyelesaikan isu sekolah daif, penyelenggaraan sekolah serta pembangunan murid.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024

Fadhlina bergambar bersama pelajar-pelajar selepas Majlis Perasmian Karnival KoKUM Peringkat Kebangsaan di INTI International University pada Selasa. - Foto BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Pembangunan pelajar perlu dinilai secara holistik
Keseluruhan pembangunan murid perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira pencapaian dalam akademik, kokurikulum serta potensi dalam bidang lain.