DUBAI: Aspek pembangunan kapasiti dan penyelarasan lebih baik diperlukan dalam usaha kerajaan mengutamakan penerimagunaan pendigitalan, seiring dengan matlamat Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Sehubungan itu, beliau berkata semua kementerian dan agensi perlu mengenal pasti kaedah bagi membantu proses pendigitalan dan meningkatkan operasi masing-masing.
Malah, katanya, kehadiran beliau pada acara Pameran Teknologi Maklumat Teluk (GITEX) Global 2023 dan Expand North Star (ENS) di sini, turut memberi pendedahan serta pembelajaran yang boleh diterjemahkan dalam usaha meningkatkan operasi kementerian dan agensi.
"Saya percaya ini dapat membantu proses pendigitalan dan menjadikan operasi atau pelaksanaan kerja berkaitan secara berkesan, lancar dan pantas yang memberi manfaat kepada Malaysia serta rakyat," katanya kepada Bernama pada akhir lawatan beliau di sini, pada Rabu.
Mengulas selanjutnya, Fahmi berkata usaha sedemikian juga penting selaras dengan langkah kerajaan untuk memulakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) serta pembentangan Akta Omnibus (bagi membolehkan perkongsian data antara semua agensi kerajaan menerusi PADU) di Dewan Rakyat pada tahun depan.
Beliau turut menyarankan agar semua kementerian mempunyai seorang pegawai yang khusus dalam penekanan pendigitalan demi kelancaran proses dan protokol di peringkat kementerian dan agensi.
Dalam pada itu, kunjungan ke Emirah Arab Bersatu (UAE) itu adalah lawatan kerja pertama beliau sejak menyandang jawatan berkenaan pada Disember tahun lepas.
Menurutnya, pemimpin Malaysia yang telah mengunjungi UAE sejak beberapa minggu lepas adalah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
"Saya berharap ini membuktikan persahabatan serta hubungan akrab kedua-dua negara yang terus berkembang dan semakin kukuh.
"Saya juga melihat wujudnya banyak potensi yang boleh kita bangunkan bersama selain berkongsi pembelajaran dan pengalaman, sebagai contoh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak setaranya di UAE iaitu Pihak Berkuasa Kawal Selia Telekomunikasi dan Digital Kerajaan (TDRA).
"Ada di antara kerjasama ini dapat membantu Malaysia dalam jangka panjang," katanya.
Terdahulu, Fahmi mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah TDRA, Majed Sultan Al Mesmar bagi membincangkan potensi kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Digital serta TDRA.
"Saya juga melihat banyak perbincangan positif dengan lebih daripada 30 syarikat pada GITEX Global selain pelaburan masuk yang amat penting. Oleh itu, saya amat berpuas hati dengan hasil lawatan ini," katanya.
Acara GITEX Global yang juga edisi ke-43 penganjurannya, telah diadakan di Dubai World Trade Centre pada 16-20 Okt dan disertai lebih daripada 6,000 syarikat dari 170 negara manakala ENS berlangsung pada 15-18 Okt di Dubai Harbour.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
Fahmi (kanan) ketika mengadakan lawatan ke TDRA Pavilion di Dubai. - Foto BERNMA. - Foto BERNAMA
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Malaysia perkukuh kerjasama konservasi biodiversiti menerusi COP16
Penglibatan delegasi Malaysia dalam COP16 dan CBD yang sedang berlangsung di Cali, Colombia mengukuhkan kerjasama bagi konservasi biodiversiti.
Sabah ambil alih kuasa pengurusan buangan terjadual berkuat kuasa 2026
Sabah akan mengambil alih kuasa pengurusan buangan terjadual daripada Jabatan Alam Sekitar Persekutuan berkuat kuasa Januari 2026.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Pembangunan kapasiti, penyelarasan lebih baik dapat pacu usaha pendigitalan - Fahmi
Aspek pembangunan kapasiti dan penyelarasan lebih baik diperlukan dalam usaha kerajaan mengutamakan penerimagunaan pendigitalan, seiring dengan matlamat NIMP 2030.