KUALA LUMPUR:Pembangkang didakwa tidak mampu mengusulkan idea konstruktif kepada kerajaan, terutama dalam perbincangan ke arah membuat keputusan dan dasar negara.
Exco Pemuda UMNO Bastien Onn menegaskan, pelawaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pembangkang bersama-sama membuat keputusan di dalam kerajaan saling tidak ubah seperti kerajaan perpaduan yang cuba diusulkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
"Ini merupakan tindakan susulan daripada usaha-usaha meraih sokongan pembangkang bagi Belanjawan 2021 yang dibentangkan tempoh hari.
"Saya tidak terperanjat tetapi menyeru Muhyiddin untuk melihat kepada solusi-solusi yang dikemukakan oleh parti kerajaan berbanding daripada pembangkang.
"Semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), mereka sudah gagal mentadbir ekonomi negara walhal ketika itu tiada masalah COVID-19. PH tidak memahami ekonomi," katanya ketika dihubungi hari ini.
BACA: Pembangkang akan dipelawa bersama kerajaan dalam buat keputusan - Muhyiddin
BACA: Ekonomi negara dijangka terus meningkat melalui Belanjawan 2021 - Muhyiddin
Pada Sabtu, Muhyiddin berkata, kerajaan berhasrat untuk melibatkan pemimpin pembangkang menyertai mesyuarat-mesyuarat untuk bersama-sama terlibat dalam membuat keputusan dan dasar.
Menurutnya, pelawaan itu adalah dalam usaha kerajaan memperluas kerjasama bipartisan, sambil menambah, kerjasama yang akan dirintis itu juga menjangkau pembentangan Belanjawan 2021.
Dalam pada itu Bastien melahirkan kebimbangan idea-idea ekonomi seperti menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tol percuma, tiada bantuan rakyat dan formula penurunan harga minyak akan diusulkan oleh PH.
"Semua idea-idea ini merupakan perkara yang tidak boleh dilaksanakan.
"Muhyiddin akan kecewa apabila mendengar contoh-contoh cadangan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok atau Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kelak.
"Tentunya kerajaan tidak mahu menerima cadangan minum satu sudu minyak sawit sebagai penyelesaian harga sawit," ujarnya.
Tegasnya, sidang dan kaukus Parlimen merupakan tempat terbaik untuk mendengar idea-idea pembangkang berhubung soal ekonomi.
"Lebih baik ahli peniagaan muda berjaya atau ahli ekonomi hebat menjadi sebahagian daripada Majlis Tindakan Ekonomi (EAC).
"Ia lebih baik daripada mengundang pembangkang untuk duduk bersama-sama dalam mesyuarat EAC yang dipengerusikan Muhyiddin setiap minggu," katanya.
Terdahulu, Bastien menghadiri majlis Maulidur Rasul anjuran Pemuda UMNO Bahagian Segamat bersama Balai Bomba Segamat.
Pada majlis itu, Pemuda UMNO Segamat menyampaikan sumbangan kepada lima anak ahli bomba yang cemerlang dalam akademik dan lima penerima bantuan Baitulmal Segamat.
Astro Awani
Sun Nov 08 2020
Tegas Bastien (kanan), sidang dan kaukus Parlimen merupakan tempat terbaik untuk mendengar idea-idea pembangkang berhubung soal ekonomi. - Foto ihsan Pemuda UMNO Segamat
‘Katak’, pengkhianat rakyat gamatkan DUN Melaka
Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas hari ini gamat seketika dengan gelaran 'katak' dan 'pengkhianat'.
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa.
Israel nekad hapuskan pemimpin dan ahli kumpulan Houthi
Perdana Menteri Israel menegaskan pihaknya akan terus memburu semua pemimpin dan ahli kumpulan Houthi di Yaman sebagai balasan mengganggu keamanan dan ketenteraman negara haram Israel.
Pejuang Houthi didakwa lancar peluru berpandu ke arah Israel
Pejuang Houthi bertindak melancarkan peluru berpandu dari Yaman ke arah Israel. Bagaimanapun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pihaknya berjaya memintas peluru berpandu tersebut.
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik yang jejaskan orang ramai - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.