KUALA LUMPUR: Pengembangan berterusan dalam kegiatan ekonomi pada tahun ini dijangka berlaku walaupun pada kadar yang lebih rendah berbanding 2022, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Oleh itu, kelesuan dalam pasaran pekerja (kekurangan dalam permintaan terhadap pekerja berbanding dengan bekalan pekerja yang ada dalam ekonomi) dijangka terus berkurangan, disokong oleh momentum pemulihan guna tenaga yang terus kukuh, katanya dalam laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari (TEM) 2022.
Bagaimanapun, katanya keadaan pasaran pekerja Malaysia masih agak jauh daripada kesesakan (pasaran pekerja dikatakan sesak, dengan pengangguran yang rendah).
"Secara khususnya, masih terdapat sedikit tahap kekurangan penggunaan, memandangkan penyertaan tenaga kerja yang tinggi, serta sedikit baki pekerja yang masih berada di luar tenaga pekerja akibat COVID-19 (iaitu, tenaga kerja 'berpotensi').
"Hal ini disokong sebahagiannya oleh kemasukan semula pekerja asing secara beransur-ansur yang dijangka meredakan baki kekurangan pekerja," katanya.
Menurut BNM, terdapat lagi ruang untuk gaji dan upah dan oleh itu, pendapatan pekerja Malaysia untuk meningkat sebelum memberikan tekanan yang ketara ke atas harga.
"Malah, nisbah Pampasan Pekerja (COE) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun pada 2021 kepada 34.8 peratus, yang merupakan peralihan arah trend yang diperhatikan sebelum pandemik (2020: 37.1 peratus; 2019: 35.9 peratus).
Selain itu, katanya pemulihan yang tidak sekata terus memberikan kesan kepada kumpulan yang mudah terjejas seperti wanita, belia dan pekerja berkemahiran rendah.
Sementara itu, BNM berkata bagi menyokong pertimbangan dasar monetari, pandemik COVID-19 menyebabkan perlunya pengembangan alat pengawasan bank dalam menilai keadaan pasaran pekerja.
Katanya penilaian yang lebih komprehensif dan terperinci tentang keadaan pasaran pekerja keseluruhan menyumbang kepada usaha menyokong keputusan dasar monetari berasaskan bukti.
"Walaupun dasar monetari terutamanya alat kitaran balas, ia sangat bergantung kepada dasar struktur, yang memberi kesan kepada keupayaan ekonomi untuk menghadapi kejutan.
"Pemulihan yang mampan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk bertahan apabila dasar monetari terus disokong oleh pembaharuan struktur yang saling melengkapi," menurut bank pusat itu.
Katanya pandemik COVID-19 merupakan titik perubahan yang penting dan suatu peluang untuk menangani isu struktur yang mengekang pasaran pekerja Malaysia sejak sebelum krisis.
Katanya ini termasuk kebergantungan yang berlebihan pada model pengeluaran berkos rendah, penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi yang rendah dan ketidakpadanan kemahiran yang ketara.
"Jika tidak ditangani, isu-isu ini akan terus mengekang tahap upah dan meningkatkan kesan negatif kejutan seperti COVID-19 kepada pendapatan isi rumah," katanya.
Oleh itu, BNM berkata dasar ekonomi perlu menuju ke arah mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan bergaji tinggi melalui pelaburan berkualiti, membangunkan tenaga kerja yang dinamik dan berkaliber tinggi, mempercepat penggunaan teknologi dan pendigitalan serta mengukuhkan sistem perlindungan sosial.
"Akhirnya, kita perlu memastikan bahawa keuntungan ekonomi membolehkan pekerja memperoleh upah yang setimpal," katanya.
Jelasnya, yang utama, perkaitan antara upah dengan produktiviti mesti diperkukuh.
"Cabaran yang besar juga diakui masih berterusan, termasuk kuasa tawar-menawar pekerja yang rendah dan kesulitan dalam menguatkuasakan kontrak pekerja," katanya.
BNM berkata pemulihan upah yang agak perlahan yang diperhatikan selepas pandemik menekankan keperluan mendesak untuk mengatasi cabaran sedemikian.
"Kesimpulannya, Malaysia perlu mempercepat pembaharuan untuk memastikan pertumbuhan jangka panjang yang mampan dan inklusif, di samping membina daya tahan isi rumah dan pasaran pekerja terhadap kejutan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023

Kelesuan dalam pasaran pekerja dijangka terus berkurangan, disokong oleh momentum pemulihan guna tenaga yang terus kukuh. -Gambar fail/Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Prestasi kukuh KDNK 2024 pacu ringgit ditutup tinggi
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 peratus perlihat daya tahan dalam ketidaktentuan global
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.

BNM kenakan penalti berjumlah RM1.66 juta pada empat institusi kewangan
BNM mengenakan AMP berjumlah RM1.66 juta terhadap empat institusi kewangan kerana tidak mematuhi FSA dan/atau IFSA.