Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata langkah pemansuhan peperiksaan bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) adalah bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih membantu perkembangan murid.
Beliau berkata peperiksaan itu yang bakal diganti dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019 akan dilaksanakan dengan lebih komprehensif dan tidak membebankan guru serta murid.
"Apa pun, yang kami perkenalkan ini bukan sesuatu yang baharu, ia pernah dibawa sejak 2011 tetapi pada waktu itu, ia hilang roh pelaksanaannya.
"Jadi, kali ini kita ingin perkenalkan dalam bentuk yang lebih komprehensif dengan tidak membebankan guru dan murid-murid, sebaliknya mahu menjadikan pelajaran itu sebagai satu keseronokan (fun learning)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, pada Khamis.
Pada Rabu, Maszlee menerusi akaun Twitternya memuat naik kenyataan mengenai pemansuhan peperiksaan itu.
Maszlee berkata kementeriannya mahu para guru kembali kepada tugas asal mereka iaitu mendidik anak murid dan membantu perkembangan anak-anak bersama ibu bapa dalam usaha membentuk kemenjadian murid.
Mengulas lanjut, Maszlee berkata langkah itu menerima maklum balas positif daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).
Namun katanya, pihak berkenaan mahukan maklumat lanjut berhubung perkara itu dan kementeriannya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 01 2018

Kementerian Pendidikan mahu guru kembali kepada tugas asal mereka mendidik anak murid dan membantu perkembangan anak-anak bersama ibu bapa dalam usaha membentuk kemenjadian murid. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

KPM mansuh semua pertandingan, sambutan tidak beri impak, tambah beban guru - Fadhlina
Antara contohnya ialah membabitkan pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi Sistem Pengurusan Buku Teks (SPBT) terbaik dan yang seumpamanya.

Pertimbang keputusan minta guru Bahasa Inggeris ambil MUET
Setiausaha Agung NUTP berkata perkara tersebut hanya akan membebankan lagi guru yang sudah terbeban dengan tanggungjawab sedia ada.

Kementerian Pendidikan ulangi komitmen kurangkan bebanan guru
Kementerian Pendidikan mengulangi komitmen untuk mengurangkan bebanan guru sekaligus mengembalikan tugas hakiki mereka iaitu mendidik anak-anak bangsa.

Pemansuhan peperiksaan Tahap 1 bantu perkembangan murid
Peperiksaan itu yang bakal diganti dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019 akan dilaksanakan dengan lebih komprehensif dan tidak membebankan guru serta murid.

NUTP minta KPM lihat semula cara isi dokumentasi pelajar
Buat masa ini, para guru terpaksa mengisi dokumentasi maklumat pelajar dalam tiga peringkat antaranya mencatat buku kedatangan dan mengisi secara dalam talian untuk KPM.

Keputusan kajian bebanan tugas guru diumum akhir tahun - Mahdzir
Menteri Pendidikan Datuk Seri Dr Mahdzir Khalid berkata setakat ini kajian tersebut masih di peringkat analisa.