KUALA LUMPUR: Pemansuhan hukuman mati mandatori seperti diumumkan kerajaan pada Jumaat lalu, tidak menjadikannya faktor pertambahan kes jenayah akan berlaku di negara ini.
Demikian tegas penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Jelasnya, beliau percaya kajian secara teliti telah dijalankan oleh semua pihak terutama kerajaan sebelum keputusan dibuat.
"Pemansuhan ini ada dua makna pertama, sama ada hukuman mati itu dimansuhkan atau perkataan mandatori itu yang dimansuhkan.
"Jadi kita harus tahu apa pun pemansuhan ini, telah dikaji secara teliti dan sudah tentu ada kesan limpah terhadapnya.
"Mengambil kira faktor itu pada pandangan saya tidak relevan terhadap isu pertambahan kes kerana isunya di sini berkaitan pengurusan banduan," katanya.
Tambah Kamal lagi, meskipun hukuman gantung mandatori itu dimansuhkan, namun hukuman gantung masih boleh dilaksanakan mengikut budi bicara mahkamah.
"Dari konteks membasmi jenayah, kita harus akur walau apapun bentuk hukuman, kes jenayah seperti pengedaran dadah, pembunuhan tetap akan berlaku seperti sebelumnya.
"Ia tidak mempunyai kesan jika penjenayah telah bertekad untuk melakukan niat jenayahnya," katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai tindakan kerajaan itu, beliau percaya ia telah melalui prosedur tadbir urus yang telus dan bukannya desakan sesetengah pihak.
"Berdasarkan amalan lain-lain negara, pemansuhan ini bermakna hukuman tertinggi dikenakan, misalnya, kalau mandatori digugurkan, masih lagi hukuman gantung.
"Tetapi jika tiada perkataan mandatori itu ini bermakna penjara seumur hidup adalah hukuman ganti bagi kesalahan yang berkaitan.
"Saya yakin kerajaan apabila membuat sesuatu keputusan ia telah dilakukan dengan prosedur tadbir urus yang telus dan bukannya berdasarkan desakan atau sengaja mahu melakukan perubahan, jadi kita harus menunggu dan melihat perkembangan lanjut tentang perkara ini," ujarnya.
Fareez Azman
Mon Jun 13 2022

Kamal Affandi berkata, pemansuhan hukuman mati mandatori seperti diumumkan kerajaan pada Jumaat lalu, tidak menjadikannya faktor pertambahan kes jenayah akan berlaku di negara ini. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemansuhan hukuman mati mandatori bukan faktor kes jenayah bertambah - Kamal Affandi
Pemansuhan hukuman mati mandatori seperti diumumkan kerajaan pada Jumaat lalu, tidak menjadikannya faktor pertambahan kes jenayah akan berlaku di negara ini.

Jejak Nora: 'Hutan boleh menjadi sangat mengelirukan' - Penganalisis Jenayah
Pengecaman mayat dalam kes yang terjadi ini, pihak polis akan memberitahu pihak keluarga terlebih dahulu, keluarga akan dibawa masuk.

Cermin gelap: Misi menyelamat mangsa kemalangan menjadi sukar - Penganalisis
Pemasangan cermin gelap tanpa had pada kenderaan menyumbang kepada peningkatan tahap kesukaran pihak penyelamat dalam misi menyelamat, sekiranya kenderaan tersebut terlibat dalam kemalangan.