KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memperkenalkan Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN) dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab digital pilihan di ASEAN.
Menurut menterinya, Fahmi Fadzil, ia melibatkan sembilan sektor tumpuan dengan nilai pelaburan sebanyak RM1 bilion.
"Penting untuk ditegaskan bahawa program PEMANGKIN ini akan menambah sebanyak sembilan sektor tumpuan melibatkan nilai pelaburan RM1 billion serta bakal menjana 49,000 peluang pekerja menjelang tahun 2025.
"Terdapat sembilan sektor termasuk pelancongan digital, pertanian digital, bandar digital, kandungan digital, perdagangan digital, servis digital, kesihatan digital, dan ekonomi digital Islam," jelasnya.
Tambah Fahmi, pelbagai usaha dijalankan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerusi Malaysia Digital (MD) sejak dilancarkan tahun lalu.
Justeru, dengan penambahan sektor tumpuan menerusi PEMANGKIN dijangka meningkatkan ketersediaan dan daya saing dalam kalangan pemain industri di negara ini.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program PEMANGKIN di ibu negara pada Isnin.
Turut hadir dalam majlis itu, Pengerusi Bukan Eksekutif MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts Mahadhir Aziz.
Fareez Azman
Mon Apr 17 2023
Fahmi (tengah) ketika sidang media pada Majlis Pengumuman Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN) hari ini. Turut sama, Pengerusi MDEC Syed Ibrahim Syed Noh (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz (kanan). -Bernama
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Ringgit ditutup rendah susulan kekurangan pemangkin
Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan ketiadaan pemangkin baharu pasaran, kata seorang ahli ekonomi.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS ekoran kurangnya pemangkin
Pada 6 petang, mata wang tempatan jatuh kepada 4.4185/4225 berbanding dolar AS daripada kadar 4.4155/4210 pada penutup Rabu.
Sektor kewangan perlu berperanan sebagai pemangkin ekonomi berkarbon rendah - BNM
Menjadi anggota Rangkaian Bank Pusat dan Penyelia untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) meneruskan objektif dengan pantas, tangkas dan yakin.